Ada Ker Yang Tergugat Iman Tengok Pemakaian Terbaru Maria Farida Ini

Baru-baru ini, teman Diva yang bernama Man ada berkongsi gambar milik aktres jelita, Datin Maria Farida. Kata Man, bergetar tulang rusuk dia melihat betapa jelitanya Maria dalam balutan busana merah jambu.

Malah, secara terang-terang, Man mengaku tergugat iman melihat Maria yang mengenakan busana yang mempunyai belahan di kedua-dua belah bahu putih gebunya. Katanya, mujur Maria sudah berkahwin kalau tidak mahu juga dia masuk meminang. Ketawa mengekek Diva mendengar luahan berani Man itu tadi.

Apa yang Diva tahu, Maria memakai busana berkenaan ketika majlis pelancaran produk kecantikan terbaharu miliknya iaitu MF Cosmetique. Dengar-dengarnya juga, Maria siap buat kejutan muncul pada majlis tersebut dengan mengenakan penutup muka ala wanita Arab.

Diva baca-baca juga komen pengikut Maria apabila dia turut berkongsi gambar tersebut di Instagramnya. Rata-rata memuji, namun ada juga komen-komen nakal daripada netizen.

Memang dalam majlis tersebut Maria ‘pukul’ habis semua wanita yang berada di situ waima yang muda. Tahniah Maria.

Diva: Mawar Rashid kata masih belum bersedia timang anak kerana ingin bermanja dengan suaminya, Raf Yaakob.

Menarik Juga Di Bawah :

Didakwa Dibomoh Oleh Isteri, Izzue Islam Mahu Bukti Walaupun sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dan sering diasak tentang soal zuriat, Izzue Islam dan isterinya Awin Nurin tetap tersenyum dan tidak pernah berputus asa untuk berusaha. Namun, pasangan ini tidak pernah terlepas dari menjadi mang...
Bagaimana Meghan Markle Bercerai Dengan Suami Pertama Didedah SUSULAN perkahwinan Meghan Markle dengan Putera Harry, ramai yang berminat untuk mengetahui tentang suami pertamanya, seorang produser filem, Trevor Engelson. Siapa lelaki itu, apa yang dia lakukan dan butiran mengenai perkahwinan pertama Meghan, ...
Lelaki Tak Kacak Tapi Kelakar Boleh Hantar ‘Resume’ Kepada Zahirah PELAKON Zahirah MacWilson berasa kelakar apabila membaca komen-komen netizen terhadap sebuah artikel yang menulis tentang ciri-ciri lelaki idamannya.Zahirah turut bergurau kepada netizen yang berminat untuk mencuba nasib menjadi teman lelakinya agar ...
Teka-Teki Arhirnya Terjawab Apabila Azrinaz Pilih Rakan Lama Jadi Suami KUALA LUMPUR - Bekas pengacara televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim selamat diijabkabulkan dengan rakan lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman Azrinaz sini. Pasangan yang mengenali satu sama lain seja...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*