Buang Ego Demi Kegembiraan Anak, Farah Lee Dan Elly Iskandar Mengalah Bersama !!

Kegembiraan Ally dan Farah dikatakan telah mempengaruhi mood anak mereka Maream untuk berasa teruja dan gembira pada hari pertama persekolahannya yang bermula minggu lalu. – Foto Instagram

Baru-baru ini, tular video pengacara Ally Iskandar dan bekas isterinya Farah Lee menghantar anak mereka, Maream Isabel ke sekolah.

Sikap profesional bekas pasangan suami isteri tersebut yang beralah demi kebaikan anak mereka, dipuji netizen.Minggu lalu, Farah Lee telah berkongsi video dia dan bekas suami menghantar Maream ke pra-sekolah.

Perkongsian tersebut telah membuat ramai pengikut IGnya teruja mahu melihat pasangan itu bersatu kembali.Rata-rata berdoa agar mereka bersatu kembali demi kebaikan anaknyayang baru berusia 3 tahun 4 bulan.

Bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee kecewa apabila dikecam kerana memakaikan anaknya, Maream Esabel pakaian tidak mengikut syariat Islam.

Farah Lee menerusi akaun Instagram (IG) nya terkejut dengan kecaman itu kerana anaknya masih kecil dan baru sahaja berusia tiga tahun untuk dihakimi.Farah dikecam selepas memakaikan anaknya skirt pendek dan t-shirt.

Menerusi entri tersebut, Farah menjelaskan bahawa dia tidak mahu terlalu cepat mendewasakan anaknya dengan pakaian orang dewasa Islam.Malah dia terpaksa akur anaknya masih kecil dan perlu berpakaian yang selesa untuk bergerak dan bermain.

Dia turut berpendapat, mengajar anak biarlah seiring dengan umur kerana baginya praktikal tanpa pemahaman juga tidak berguna.

Malah Farah merasakan tahap umur anaknya sekarang perlu dibantu untuk mengembangkan tahap IQ mereka supaya apabila sudah besar nanti anak-anak akan faham dan lebih rasional dengan apa yang patut mereka lakukan.

Entri Farah itu mendapat banyak respon daripada netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya.

Menarik Juga Di Bawah :

Tahniah Kepada Rody Kristal Yang Kini Bergelar Suami Nur Izwani KUALA LUMPUR - Dengan sekali lafaz, gitaris kumpulan Kristal, Rody kini sah bergelar suami kepada penjaga gol futsal kebangsaan, Nur Izwani Azman. Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 32, dan Nur Izwani, 31, dinikahkan oleh jurunikah Nazlee Abdul Razak ...
Jurusolek Cerita Perangai Sebenar Izreen Dan Uqasha – Jom Lihat NAMPAKNYA perasaan kurang senang netizen terhadap dua pelakon iaitu Izreen Azminda dan Uqasha Senrose berhubung isu peribadi masing-masing turut menjejaskan orang sekeliling antaranya jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa. Gara-gara bekerjasama deng...
Didakwa Dibomoh Oleh Isteri, Izzue Islam Mahu Bukti Walaupun sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dan sering diasak tentang soal zuriat, Izzue Islam dan isterinya Awin Nurin tetap tersenyum dan tidak pernah berputus asa untuk berusaha. Namun, pasangan ini tidak pernah terlepas dari menjadi mang...
Mulanya Buruh Kasar, Kemudian Pengimpal, Lepas Tu ‘Mat Despatch’ – Amy Search BERSEMPENA sambutan Hari Pekerja, penyanyi terkenal Amy Search berkongsi pengalamannya ketika mula mencari sumber rezeki.Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, berkata dia tidak akan lupa hari pertama bekerja sebagai buruh kasar di tapak peru...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*