Cico Anak Kepada Uji Rashid, ‘Ditikam’ Di Bahagian Leher Dan Otak

Ini takdir dan ketentuan Allah. Cico dianiaya dan saya reda.Saya tidak tahu apa niat mereka sehingga sanggup buat begitu terhadapnya,” kata artis veteran Uji Rashid mengenai keadaan kesihatan anaknya, Cico Harahap.Artis popular era 1970-an ini mendakwa Cico, 39, sakit termasuk sukar untuk bercakap.

Uji mendakwa anaknya itu dianiaya apabila telefon bimbitnya turut dirosakkan apabila direndam dalam asid hingga bahagian dalamannya terbakar.Mengulas mengenai kejadian yang berlaku, Uji berkata, Cico keluar bertemu dengan rakan-rakannya pada malam 25 Disember tahun lalu.

Saya sukar nak cakap apa yang berlaku kerana tiada di tempat kejadian. Saya difahamkan pihak terbabit meletakkan sesuatu dalam minumannya.Saya juga tidak pasti siapa yang menghantarnya pulang. Bukan cara elok tapi dia ditinggalkan dekat pintu dan Cico merangkak masuk ke dalam rumah,” katanya.

Uji berkata, dia kemudian membawa Cico mendapatkan rawatan di hospital selain menjalani rawatan perubatan Islam.Menurut Uji, Cico kini semakin pulih cuma dia terasa sakit apabila mahu bercakap.Awal dulu, dia langsung tak kenal saya dan anaknya Rindu Nur Fitrah yang kini berusia lapan tahun.Kami bagi dia minum air zam zam, air bacaan yasin dan air penawar yang diberikan oleh orang. Kami juga minta tolong pada mereka yang sudi membantu,” katanya.

Antara yang sudi membantu mengubati Cico ialah pelakon Ashraf Muslim.Ashraf suruh dia berzikir ingat Allah. Alhamdulillah perubahannya semakin banyak,” katanya.Uji berkata, sebelum ini dia enggan membuka mulut kerana tidak mahu orang tersalah tafsir mengenai keadaan Cico.Ini ketentuan Tuhan dan semua yang berlaku atas izinNya. Cuma saya minta semua doakan yang terbaik dan jangan cakap yang bukan-bukan,” katanya.

Sumber: HarianMetro.com.my

Menarik Juga Di Bawah :

JOM LIHAT: Sedikit Sebanyak Tentang Dennis Muhammad Abdullah. Hari ini, rakyat Malaysia terutamanya di negeri Johor menerima perkhabaran gembira apabila anakanda Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bakal melangsungkn perkahwinan pada 14 Ogos nanti. Tapi siapakah jejaka yang menjadi pilihan Tunku Tu...
Fasha Sandha & Jejai Tunjuk Kata Sepakat Dalam Instagram Sebentar tadi Hangat.com mendapat berita ini menerusi Instagram pelakon Fasha Sandha tapi masih belum ada kesahihannya. Tetapi menerusi akaun Instagram bekas suami Fasha Sandha, Rizal Ramli atau dikenali sebagai Jejai, seakan memberi bayangan bahawa ...
Ummi Nazeera Kena Kecam Gelek Lagu Alelluya Dalam Majlis Resepsi Ummi Nazeera kena kecam gelek lagu alelluya dalam majlis resepsi pernikahan|Pada bulan lalu pelakon Ummi Nazeera selamat diijabkabulkan dengan pasangan Mohd Izzar dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup. Majlis resepsi pula telah berlangsun...
Suami Sedang Outstation, Namun Nampak Kelibat Suami Didapur & Diatas Katil. saya nak kongsikan sdikit cerita …sy dan suami baru bernikah tahun lepas..suami kerja dan seringkali outstation..itu xmnjadi msalah sbb saya pun sdia mklum tntang tugas suami..yg mnjadi msalah skrang..ok sy mulakan .. suatu malam masa suami tak ad...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*