Didakwa Dibomoh Oleh Isteri, Izzue Islam Mahu Bukti

Walaupun sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dan sering diasak tentang soal zuriat, Izzue Islam dan isterinya Awin Nurin tetap tersenyum dan tidak pernah berputus asa untuk berusaha.

Namun, pasangan ini tidak pernah terlepas dari menjadi mangsa fitnah oleh individu yang mungkin cemburu melihat kebahagaiaan yang sentiasa dipamerkan di media sosial.

Terbaru, Izzue Islam mendedahkan isterinya pula menjadi mangsa apabila dituduh mengamalkan ilmu hitam untuk memikatnya.

Ini bukan kali pertama tohmahan dilemparkan terhadap kami. Kali ini, ia meninggalkan impak berbeza kerana memfitnah dan menuduh isteri menggunakan bomoh terhadap saya,” katanya kepada BH Online.

Tambah Izzue lagi, isterinya sentiasa menasihatinya untuk tidak cepat melatah kerana individu yang menyebarkan fitnah tersebut hanya cakap kosong sahaja dan berselindung di sebalik akaun palsu.Saya terkilan kerana individu yang membuat tuduhan seperti tidak ada agama dan tidak beri bukti.

Jika benar Awin mengamalkan ilmu hitam seperti yang didakwa, buktikan dan tunjuk bomoh yang digunakan. Perkara ini bukan membabitkan akaun palsu, sebaliknya beberapa individu,” katanya.

  • Rotikaya

Menarik Juga Di Bawah :

Mulanya Buruh Kasar, Kemudian Pengimpal, Lepas Tu ‘Mat Despatch’ – Amy Search BERSEMPENA sambutan Hari Pekerja, penyanyi terkenal Amy Search berkongsi pengalamannya ketika mula mencari sumber rezeki.Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, berkata dia tidak akan lupa hari pertama bekerja sebagai buruh kasar di tapak peru...
Kini Giliran Artis Aaron Aziz Pula Alami Penyakit Misteri SHAH ALAM - Pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu namun berjaya merawat penyakit tersebut menggunakan ayat suci al-Quran selepas berjumpa seorang kenalan yang arif dalam hal agama. Aaron atau nama sebena...
Bagaimana Meghan Markle Bercerai Dengan Suami Pertama Didedah SUSULAN perkahwinan Meghan Markle dengan Putera Harry, ramai yang berminat untuk mengetahui tentang suami pertamanya, seorang produser filem, Trevor Engelson. Siapa lelaki itu, apa yang dia lakukan dan butiran mengenai perkahwinan pertama Meghan, ...
Jurusolek Cerita Perangai Sebenar Izreen Dan Uqasha – Jom Lihat NAMPAKNYA perasaan kurang senang netizen terhadap dua pelakon iaitu Izreen Azminda dan Uqasha Senrose berhubung isu peribadi masing-masing turut menjejaskan orang sekeliling antaranya jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa. Gara-gara bekerjasama deng...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*