Disimbah Asid Selepas Suarakan Hasrat Ingin Berpoligami

loading…


Tuan Azaman Tuan Ludin, 44, yang menjadi mangsa simbahan asid yang terjadi 12 tahun lalu setelah dia menyuarakan hasratnya ingin berpoligami kepada bekas isterinya. Akibat dari itu, bahagian muka sebelah kirinya sehingga ke leher mengalami melecur teruk dan cacat.

Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2005 dan menyebabkan dia terpaksa berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama tiga tahun demi mendapatkan rawatan pemulihan wajahnya selepas dia ditahan di dalam hospital itu selama tiga bulan.

Menurut Tuan Azaman yang juga seorang pesara tentera, keadaan wajahnya semakin baik saat ini tetapi masih lagi sensitif sehingga dia tidak boleh sebarang makanan seperti makanan laut.

Isterinya, Noraimi Ghazali, 33, yang dikahwin setahun selepas insiden itu berlaku telah banyak berkorban dan memberi semangat kepadanya.

“Selepas kejadian itu, saya sukar terima kenyataan terutama apabila muka saya cacat namun Noraimi banyak berkorban dan beri kata-kata semangat.”

“Dia juga tidak merungut atau malu dengan keadaan saya yang tidak sempurna. Saya sangat menghargainya dan bersyukur.

Pelakunya yang juga bekas isterinya itu, telah pun dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama lima tahun dan kini Tuan Azaman juga sudah memaafkannya dengan sokongan dan nasihat dari isterinya sekarang.

“Walaupun saya disimbah asid di muka hingga mencacatkan sebahagian wajah, saya tidak berdendam dengan bekas isteri.


“Sudah lama saya maafkan dia (bekas isteri) kerana mahu hidup dengan tenang dan bahagia bersama isteri sekarang,” kata Tuan Azaman Tuan Ludin.

Perkahwinan Tuan Azaman dengan bekas isterinya dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nor Syafida yang berusia 22 tahun .

loading...

Menarik Juga Di Bawah :

Kenali Wanita Melalui BIBIR..Bahagian yang akan Bermulanya segala. Percaya tidak kalau anda dapat membaca sifat teman, pacar atau mungkin keluarga wanita anda dari bentuk bibirnya saja. Setiap orang memiliki karakter bawaan yang sudah diwariskan oleh Tuhan, apalagi wanita yang memiliki banyak karakter dari bentuk tu...
Antara suami dan teman lelaki, apa pilihan yang terbaik untuk saya. Saya punya anak tiga. Jodoh saya dan suami diaturkan oleh keluarga namun sebagai anak sulung yang jarang membantah apa yang mak ayah utarakan, saya mengikut saja kehendak mereka. Lagi pun ketika itu, saya tidak punya siapa-siapa kerana pernah putus t...
Inspektor Ditahan Berbogel Dalam Tandas Wanita ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat inspektor ditahan dengan hanya berseluar dalam di dalam sebuah tandas wanita di sebuah pusat beli-belah dekat sini pada Selasa. Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff mengesahkan tangkapan telah dibuat d...
Selepas Bernikah Aku Makin Benci Kat Isteri, Tak Tahu Kenapa !! Nama aku Ashrul. Setelah terbaca kisah perceraian yang makin parah di Malaysia dalam akhbar, aku terdetik untuk bercerita pengalaman yang aku sendiri laluinya. Kisah ini bukanlah untuk mengingatkan kembali atau menceritakan masalah aku tapi lebih kep...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*