Dua Minggu Tanggung Sakit, Akhirnya Hairul Azreen Jalani Pembedahan

PELAKON Hairul Azreen menanggung kesakitan selama hampir dua minggu ketika penggambaran filem Paskal akibat patah tulang jari pada tangan kanannya.Hairul berkata, dia merahsiakan tentang kecederaan yang dialaminya kerana enggan menyusahkan ramai pihak termasuk produksi.

Tulang saya patah! pada 9 Mac lalu, saya shooting filem Paskal dalam keadaan cedera, produksi dan pengarah suruh saya rehat tapi saya tidak mahu.Sampailah 27 Mac saya rasa tangan makin teruk dan saya ambil keputusan untuk buat pembedahan. Hari ini bedah esok saya sudah boleh berlakon balik, doktor dan produksi hanya geleng kepala,” ujarnya.

Hairul mendedahkan perkara itu di laman sosial Instagramnya malam Isnin.Hairul Azreen patah tulang jari kanan.Suami kepada aktres Hanis Zalikha ini berkata, dia tidak mahu disebabkan kecederaan itu, penggambaran filem tersebut ditangguhkan.

Selama ni saya tak post cerita saya patah, sebab takut shooting ini ditangguhkan dan tak nak susahkan orang ramai. Sekarang sudah balik Kuala Lumpur dan penggambaran hanya tinggal di Morocco dan Turki sahaja,” katanya.Hairul berkata, ia juga menjadi pengalaman pertama dalam hidupnya mengalami kecederaan patah tulang.

Filem khas Pasukan Khas Laut (Paskal), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diarahkan oleh Adrian Tan menjalani penggambaran di Lumut, Perak; Semporna, Sabah dan Mahgribi pada bulan depan.

Ia turut menampilkan pelakon seperti Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*