Gadis Miliki Wajah Mirip Lara Alana Tular Di Media Sosial

loading…


Seorang gadis yang dikenali sebagai Nadiah Nasir, 20 tular di media sosial baru-baru ini kerana dikatakan memiliki rupa paras yang mirip dengan Lara Alana, anak kepada pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Semuanya bermula apabila seorang netizen memberi komen terhdap gambar yang dimuat naik oleh gadis ini di twitter yang berbunyi, “Lara Alana bila dah besar be like.”

‘Post’ tersebut menerima maklum balas dari ramai netizen yang rata-ratanya mengatakan begitulah wajah lara apabila meningkat dewasa kelak.
Nadiah yang sedang menuntut di Universiti Malaya dalam jurusan Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris ini memberi kenyataan bahawa dia berasa terkejut pada awalnya kerana tidak menyangka dikaitkan dengan Lara Alana setelah dia memuat naik gambarnya di laman Twitter.
 
“Saya tak rasa wajah saya sama macam Lara Alana. Rasa kelakar pun ada sebab bagi saya, Lara jauh lagi comel daripada saya,” katanya kepada mStar Online.
Jelas Nadiah lagi, kemungkinan teknik solekan yang digunakan di dalam gambar yang dimuat naik itu yang membuatkan wajahnya kelihatan seperti Lara.
“Saya memang suka berekspresi dengan mekap, cuba pelbagai teknik dan mengambil gambar dari pelbagai sudut,” katanya.
Menurut gadis yang berasal dari Ampang ini, dia tidak mengambil pusing sekiranya netizen menggelarkan dirinya sebagai ‘kembar Lara Alana’ dan menggabungkan gambarnya dengan personaliti media sosial itu.
Menurutnya jumlah pengikutnya di laman sosial bertambah sekitar 300 orang setelah kisahnya tular. Sumber- mStar Online
loading...

Menarik Juga Di Bawah :

INFO: 13 Bukti Hubungan Seks Membuat Wanita Semakin Cantik Tahukah anda cara untuk kelihatan sentiasa cantik dan kekal muda? Caranya mudah! Melalui hubungan seks pasti boleh membuatkan anda sentiasa kelihatan sentiasa cantik dan kekal awet muda. Selepas ini, anda sentiasalah selalu goda suami anda… Hampir...
Ini Jawapan Hafiz Hamidun Kenapa Biar Isteri Belanja ‘BUAH RANUMNYA’ Isteri kepada Hafiz Hamidun kena kecam teruk dengan warganet kerana memuatnaik foto di Instagram dengan berpakaian yang sangat tidak sesuai sebagai seorang wanita yang bertudung. Lebih-lebih lagi dia merupakan isteri kepada lelaki yang boleh diang...
Satu Lagi Kejadian Pelajar Sekolah Bergaduh Di Sabah. KOTA KINABALU: Sekali lagi kejadian gaduh antara pelajar sekolah dilaporkan berlaku di Sabah. Namun kali ini melibatkan sekumpulan pelajar lelaki pula. Sebelum ini kejadian gaduh antara pelajar sekolah juga pernah berlaku melibatkan seramai 10 ora...
KANTOI..!!! Cik Wawa Tewas ‘Dipukau’ Untuk Bog3l & Dirakam…!! Ampang: Terpukau dengan tindakan seorang kenalan baru wanita (Cik Wawa ) yang berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum dipaksa membayar RM1,500. Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun ...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*