Ini Ayat Pertama Dari Mus May Selepas Terjaga Dari Koma Selama 10 Hari.

Setelah lebih kurang 8 hari koma, Mus May telah kembali sedar dan mula cuba bercakap pada hari ke 10.Perkara ini diberitahu oleh isteri Mus May sendiri iaitu Suraya Bahari.

Walaupun sudah sedar namun percakapan Mus masih belum jelas. Suraya bagaimanapun, meluahkan rasa syukur kerana dapat mendengar suara suaminya itu selepas beberapa hari koma.

Ayat pertama yang ditanya oleh Mus ketika sedar ialah tentang keadaan dirinya dan dia terpaksa menjelaskan keadaan sebenar kepada Mus.

Ini komennya:

Hari kesepuluh Mus di ICU, alat bantuan pernafasan sudah dikeluarkan… dalam keadaan mamai, Mus cuba untuk bercakap.

Perkara pertama dia tanya ‘pasai apa dengan dia’ (kenapa dengan dia) dan saya jelaskan keadaannya yang tidak sihat dan dia mengangguk kepala.

Walaupun butiran katanya tidak berapa jelas tetapi saya bersyukur sangat kerana sudah lama tak mendengar suaranya,”

Mus sudah boleh makan sikit cuma kesan dari ubat yang dimasukkan semasa di ICU membuatkan dia berada dalam keadaan mamai lagi.

“Tetapi Alhamdulillah perkembangannya semakin baik setiap hari,”

Mus May telah koma sejak 3 Julai lalu akibat demam panas mula sedar sepenuhnya pada 12 Julai lalu dan keadaannya beransur pulih.

Melalui pemeriksaan dan ujian, Mus dikatakan mengalami antibodi badan yang lemah dan kekurangan enzim dalam darah.

Penyanyi itu menjalani rawatan dikenali sebagai plasma exchange bagi meningkatkan sel darah merah dalam badan.

Sumber: mStar

Menarik Juga Di Bawah :

Sanggup Tawarkan Gambar ‘Murahan’ Untuk Dapatkan Topup PERCUMA Dorang dah tak ada malu nak berkata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah dorang sendiri, demi untuk mendapatkan sesuatu yang dorang inginkan! Sedih betoiii! Korang lihat minah di atas tu, selamba jer mengatakan buahnya sudah s...
Ini Jawapan Hafiz Hamidun Kenapa Biar Isteri Belanja ‘BUAH RANUMNYA’ Isteri kepada Hafiz Hamidun kena kecam teruk dengan warganet kerana memuatnaik foto di Instagram dengan berpakaian yang sangat tidak sesuai sebagai seorang wanita yang bertudung. Lebih-lebih lagi dia merupakan isteri kepada lelaki yang boleh diang...
Tak Pandang Lain, Cacha Maembong Serius Nak Kahwini Kekasih Cina PELAKON Chacha Maembong memberitahu hubungan cintanya dengan pemuda Cina iaitu Leslie semakin serius.Malah, Chacha atau nama sebenar Siti Aisyah Ismail, 21, berkata keluarga mereka berdua sudah pun mengenali antara satu sama lain. Hubungan saya da...
Ummi Nazeera Kena Kecam Gelek Lagu Alelluya Dalam Majlis Resepsi Ummi Nazeera kena kecam gelek lagu alelluya dalam majlis resepsi pernikahan|Pada bulan lalu pelakon Ummi Nazeera selamat diijabkabulkan dengan pasangan Mohd Izzar dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup. Majlis resepsi pula telah berlangsun...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*