Kini Giliran Artis Aaron Aziz Pula Alami Penyakit Misteri

SHAH ALAM – Pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu namun berjaya merawat penyakit tersebut menggunakan ayat suci al-Quran selepas berjumpa seorang kenalan yang arif dalam hal agama.

Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz berkata, 42, berkata, akibat gangguan tersebut dia mengalami sakit belakang dan ketidakstabilan emosi.

Sebelum ini ketika aktif berlakon, saya akui banyak lalai dalam hal agama. Apabila sudah sakit baru ingat Tuhan.Baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang kenalan yang mengajar saya mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran terutama ayat Ruqiyah.

Saya tidak mahu kata saya terkena buatan orang namun saya anggap apa yang berlaku sebagai dugaan daripada Allah SWT,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran kempen Journey To Insyirah bersama jenama kaligrafi, TopKhat di sini. – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*