Lelaki Rakam Dan Paksa Dua Kanak-Kanak Lakukan Hubungan Intim

loading…


Lelaki rakam dan paksa dua kanak-kanak lakukan hubungan intim|Lelaki berusia 29 tahun ditahan dipercayai memaksa dua kanak-kanak meniru dan melakukan aksi lucah selepas menunjukkan video tidak senonoh itu menerusi telefon bimbit di sebuah rumah di Kampung Sungai Buloh, Sungai Siput di sini.

Dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun dipercayai dipaksa melakukan aksi tidak senonoh itu pada minggu lalu dalam sebuah bilik ketika kedua ibu bapa mangsa keluar bekerja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput jam 10 pagi semalam mendakwa suspek datang ke rumahnya ketika dia dan suami keluar bekerja sebelum menunjukkan video lucah kepada dua mangsa berkenaan.

“Suspek menyuruh kedua-dua mangsa berkenaan meniru aksi lucah dalam video berkenaan dan memaksa melakukan aksi terbabit dalam bilik.

“Selepas kejadian, kedua-dua mangsa diberikan wang sebanyak RM4 supaya tidak mendedahkan perkara itu kepada ibu bapa mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tian Kee berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk menerima rawatan lanjut dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (b) dan 15 Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017,” katanya.

loading...

Menarik Juga Di Bawah :

Satu Lagi Kejadian Pelajar Sekolah Bergaduh Di Sabah. KOTA KINABALU: Sekali lagi kejadian gaduh antara pelajar sekolah dilaporkan berlaku di Sabah. Namun kali ini melibatkan sekumpulan pelajar lelaki pula. Sebelum ini kejadian gaduh antara pelajar sekolah juga pernah berlaku melibatkan seramai 10 ora...
Kecoh Minggu Ini, Berapa INCOME Shaheizy Sam Ni Hah? Kecoh minggu ni pasal seorang artis bakal muflis sebab hutang LHDN RM300k. Ramai tertanya2 berapa income dia. Jawapan dia net taxable income dia lepas tolak segala mak nenek pelepasan cukai ialah RM1.07 juta (28% maximum tax rate). TETAPI, kalau samp...
Wanita Ini Tegur Seorang Artis Lelaki Yang Famous Untuk Berselfie Baru-baru ini drama lakonan pelakon ini memang trending no 1 di twitter. Selepas drama itu menjadi sebutan netizen, nama pelakon ini juga semakin melonjak naik. Dan semalam seorang peminat tiba-tiba tegur pelakon ini dan mahu berselfie ketika tersere...
KANTOII !! Suami Dipenjara Gara-Gara Foto Selfie Istrinya Tampak dalam postingan di akaun media sosial, si ister yang cantik sedang berpose di sebuah ruangan. Foto ini kemudian menjadi kontroversi kerana nampak ada yang janggal dalam foto tersebut. Maanyata Dutt, si isteri yang berambut panjang dalam fot...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*