Lelaki Tak Kacak Tapi Kelakar Boleh Hantar ‘Resume’ Kepada Zahirah

PELAKON Zahirah MacWilson berasa kelakar apabila membaca komen-komen netizen terhadap sebuah artikel yang menulis tentang ciri-ciri lelaki idamannya.Zahirah turut bergurau kepada netizen yang berminat untuk mencuba nasib menjadi teman lelakinya agar menghantar resume.

Baru baca, semua komen anda sangat kelakar, haha. Uji bakat terbuka, hantar resume anda!” tulisnya di Instastory pada Isnin.Zahirah memberi respons kepada artikel sebuah portal hiburan yang menulis tentang lima ciri lelaki idaman dirinya.

Zahirah respon artikel berkaitan ciri lelaki idamannya.Salah satu yang menjadi perhatian netizen apabila Zahirah bercakap mahukan seorang lelaki yang kelakar biarpun tidak mempunyai rupa paras yang kacak.

Segelintir netizen meminta bekas kekasih aktor Zul Ariffin itu membuka kaunter pendaftaran kerana mempunyai ciri-ciri seperti diperkatakan.Malah, ada juga yang mencadangkan nama-nama pelawak popular yang masih bujang seperti Zizan Razak dan Ebby Yus sebagai calon paling sesuai.

Sementara itu, Zahirah turut menulis bahawa dia hanya bergurau dan meminta peminat tidak berbuat demikian.”I’m kidding please don’t” tulisnya pada hastag.

Dua minggu lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita putus cinta Zahirah dan aktor Titian Cinta Zul Ariffin selapas tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa.

Menarik Juga Di Bawah :

Anak Saya Dah Pulih, Terima Kasih Nedim Dan Nora – Bapa Bayi Nur Edriana Maisarah BAPA kepada bayi Nur Edriana Maisarah iaitu Mohd Shahril Azman mengucapkan terima kasih kepada pasangan selebriti Nedim Nazri dan Nora Danish yang menanggung kos rawatan penyakit ekzema anaknya yang kini berusia lima bulan. Shahril berkata, keadaa...
Mulanya Buruh Kasar, Kemudian Pengimpal, Lepas Tu ‘Mat Despatch’ – Amy Search BERSEMPENA sambutan Hari Pekerja, penyanyi terkenal Amy Search berkongsi pengalamannya ketika mula mencari sumber rezeki.Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, berkata dia tidak akan lupa hari pertama bekerja sebagai buruh kasar di tapak peru...
Dua Minggu Tanggung Sakit, Akhirnya Hairul Azreen Jalani Pembedahan PELAKON Hairul Azreen menanggung kesakitan selama hampir dua minggu ketika penggambaran filem Paskal akibat patah tulang jari pada tangan kanannya.Hairul berkata, dia merahsiakan tentang kecederaan yang dialaminya kerana enggan menyusahkan ramai piha...
Bagaimana Meghan Markle Bercerai Dengan Suami Pertama Didedah SUSULAN perkahwinan Meghan Markle dengan Putera Harry, ramai yang berminat untuk mengetahui tentang suami pertamanya, seorang produser filem, Trevor Engelson. Siapa lelaki itu, apa yang dia lakukan dan butiran mengenai perkahwinan pertama Meghan, ...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*