Mulanya Buruh Kasar, Kemudian Pengimpal, Lepas Tu ‘Mat Despatch’ – Amy Search

BERSEMPENA sambutan Hari Pekerja, penyanyi terkenal Amy Search berkongsi pengalamannya ketika mula mencari sumber rezeki.Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, berkata dia tidak akan lupa hari pertama bekerja sebagai buruh kasar di tapak perumahan di Johor Bahru.

Menurut penyanyi berusia 60 tahun itu, daripada pekerjaan itulah bermula perjalanan kisah hidupnya di usia muda.Kerja pertama aku sebagai buruh kasar di tapak perumahan baru di Taman Iskandar, Pasir Pelangi dengan budak-budak kampung aku.

Mana lagi budak kampung Bakobatu la. Hari pertama mula kerja bancuh simen tak akan aku lupa sebab itu bermula perjalanan cerita cari makan aku.Amy kongsi pengalaman pekerjaan pertamanya.

Daripada buruh kasar aku jadi seorang pengimpal,” tulis Amy menerusi laman Instagramnya.Tambah bapa kepada pelakon Nabila Huda ini, selepas melalui pengalaman tersebut dia bekerja sebagai ‘mat despatch’ di sebuah syarikat peguam.

Kata Amy lagi, dia juga pernah bekerja sebagai penala piano sebelum menjejak kaki dalam bidang seni.Dengan berbekalkan impian, doa dan restu, vokalis kumpulan rock Search itu mampu tersenyum melihat dirinya yang dahulu.

Lepas puas berpanas terik berhujan aku kerja pejabat jadi mat despatch di 2firma accountant and lawyer di Komtar, Johor Bahru.

Amy dan isteri berjaya ke Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal.Kerja yang terakhir sebelum aku ke dunia seni aku kerja sebagai piano tuner di Yamaha Music.Hari ini bila aku toleh belakang aku senyum sebab dengan impian, doa dan restu yang bawa aku ke sini,” katanya.

Sementara itu, Amy turut memberi ucapan sempena Hari Buruh kepada semua peminatnya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.Buat semua peminat #Malaysia #Indonesia #Singapore #Brunei aku ucapkan Selamat Hari Buruh. Moga Allah merahmati kita semua. Selamanya #amysearch #phewiiit,” ujarnya.

Menarik Juga Di Bawah :

Kini Giliran Artis Aaron Aziz Pula Alami Penyakit Misteri SHAH ALAM - Pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu namun berjaya merawat penyakit tersebut menggunakan ayat suci al-Quran selepas berjumpa seorang kenalan yang arif dalam hal agama. Aaron atau nama sebena...
Sekarang kau boleh ketawa, tapi tahulah nasib kau nanti Allah balas – Ziana Zain SHAH ALAM: Penyanyi Ziana Zain tetap mahu meneruskan proses perceraian dengan Armin Zaharin walaupun suaminya itu menggunakan anak-anak sebagai alasan untuk melambatkan proses tersebut.Ziana atau Siti Roziana Zain, 50, berkata, dia tidak melihat seba...
Jom Lihat Inilah Antara 6 Selebriti Popular Yang Terlibat Dalam Politik !! Umum mengetahui tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 jatuh pada 9 Mei depan. Bahangnya semakin terasa dan semua parti politik kini bertungkus lumus untuk berkempen. Semalam, pelakon dan pengacara Azwan Ali mengesahkan bahawa dia akan bertanding pada PRU...
Lelaki Tak Kacak Tapi Kelakar Boleh Hantar ‘Resume’ Kepada Zahirah PELAKON Zahirah MacWilson berasa kelakar apabila membaca komen-komen netizen terhadap sebuah artikel yang menulis tentang ciri-ciri lelaki idamannya.Zahirah turut bergurau kepada netizen yang berminat untuk mencuba nasib menjadi teman lelakinya agar ...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*