Pengakuan Berani Mati , Saya Suka Sangat Suami Orang- Rita

loading…


alam. Minta admin tolong post untuk kebaikan para isteri. Saya suka dekat suami orang. Sebab suami orang nampak bergaya, macho, matang, berpengalaman dan penyayang.

Bila saya berada dekat luar rumah, macam di tempat kerja, pergi shopping mall ke, atau pergi kedai makan ke, dekat taman ke, kalau terserempak dengan suami orang yang hensem, saya akan minta nombor telefon.
Dekat media sosial pulak macam facebook,kalau saya jumpa suami orang yang hensem, saya akan add mereka dan hantar mesej.Yang bestnya, suami orang ni kebanyakan bagi respon positif. Maksudnya diorang pun layan saya. Kiranya saya tidak bertepuk sebelah tangan.
Disebabkan godaan nafsu, saya dah terlanjur dengan lebih 30 suami orang. Saya seorang lelaki, tetapi bernafsu pada suami orang. Saya tanya la kepada suami orang ni, kenapa berminat pada lelaki? Diorang kata nak rasa pengalaman baru, dah bosan dengan isteri. Ada yang cakap, isteri seorang tak cukup. Nak rasa disayangi oleh dua orang. Nak skandal & bercinta dengan lelaki lebih senang berbanding dengan skandal dengan perempuan. Isteri pun tak syak kalau bagitau nak jumpa kawan lelaki. Check in hotel pun tak kena tangkap basah sebab sesama lelaki.
Buat pengetahuan para isteri, golongan lelaki yang suka sesama lelaki ada dua jenis. Jenis pertama ialah gay (bernafsu pada lelaki sahaja). Jenis kedua adalah biseksual (bernafsu pada lelaki & perempuan). Kebanyakan suami orang yang suka lelaki adalah jenis biseksual, bukan gay. Ramai lelaki gay yang bukan pondan/lembut. Maksudnya lelaki gay sekarang ramai yang macho dan gagah perkasa. Dari luaran nampak macam normal, tetapi sebenarnya minat pada lelaki dan suami orang.
Jadi tujuan saya tulis di sini adalah kerana nak minta maaf kepada isteri-isteri yang mana saya dah terlanjur dengan suami mereka. Saya tahu isteri diorang adalah pembaca KRT. Saya nak minta maaf kerana terlanjur dengan suami akak-akak pembaca KRT. Saya dalam proses bertaubat dan nak tinggalkan aktiviti songsang ni. Saya juga sedang membantu suami orang yang bernafsu sonsang untuk kembali ke pangkal jalan. Mohon doakan agar kami dapat hilangkan nafsu songsang ini dan menjadi normal.
Sebenarnya bukan saya seorang sahaja, tetapi ramai lelaki bujang di luar sana yang suka suami orang. Jadi nasihat saya kepada golongan isteri, jangan tayang suami anda dekat media sosial seperti facebook, Instagram. Sebab nanti lelaki bujang ni akan jatuh hati pada suami anda dan mula goda suami anda. Mereka akan ‘save’ gambar suami hensem yang di-upload oleh isteri di facebook. Sebelum tidur, mereka akan tengok gambar suami-suami hensem ni. Sedap mata memandang.
Dah ada beberapa kes yang saya jumpa. Asalnya suami orang ni normal, straight, bernafsu pada perempuan. Tetapi selepas digoda lelaki bujang, secara perlahan-lahan nafsu suami orang ni berubah menjadi songsang dan mula bercinta dengan lelaki bujang tersebut. Ada kes yang suami bercinta dengan lelaki lain bertahun-tahun tanpa pengetahun isteri, dan ada kes suami yang bercerai dengan isteri kerana suami mabuk cinta dengan lelaki lain. Ada jugak kes suami orang bercinta dengan suami orang.
Ini kisah benar sebab saya sendiri kenal dengan suami orang yang ada skandal dengan lelaki lain. Golongan suami yang suka sesama lelaki ni pandai cover line, memang susah nak detect/kenal pasti oleh isteri. Hanya kami yang boleh detect mereka, bak kata pepatah, hanya jauhari mengenal manikam.
Jadi kepada golongan isteri, jaga suami anda baik-baik. Kalau suami suka jumpa kawan lelaki, check betul-betul siapa kawan lelaki dia tu. Boleh jadi kawan lelaki tu adalah kekasih suami.Sekarang ni bukan anak dara dan janda sahaja yang suka suami orang, lelaki bujang pun dah ramai yang suka suami orang. Kredit
loading...

Menarik Juga Di Bawah :

Sanggup Tawarkan Gambar ‘Murahan’ Untuk Dapatkan Topup PERCUMA Dorang dah tak ada malu nak berkata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah dorang sendiri, demi untuk mendapatkan sesuatu yang dorang inginkan! Sedih betoiii! Korang lihat minah di atas tu, selamba jer mengatakan buahnya sudah s...
Ummi Nazeera Kena Kecam Gelek Lagu Alelluya Dalam Majlis Resepsi Ummi Nazeera kena kecam gelek lagu alelluya dalam majlis resepsi pernikahan|Pada bulan lalu pelakon Ummi Nazeera selamat diijabkabulkan dengan pasangan Mohd Izzar dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup. Majlis resepsi pula telah berlangsun...
6 Tabiat Di Bilik Tidur Yang Perlahan Akan Membunuh Perkahwinan Anda. Kekurangan keintiman atau berhubungan bukanlah satu-satunya masalah yang pasangan hadapi di dalam bilik tidur. Selalunya, masa sebelum kita tidur adalah satu-satunya masa tanpa gangguan yang kita boleh dapatkan untuk bersama dengan pasangan, terut...
Malang Terjadi,Dua Warga Nepal Ini Asyik Bermain Di Tepi Gaung Baru-baru ini pengguna media sosial dihebohkan dengan rakaman video aksi pencerobohan pelancong Nepal. Dua orang pemuda tersebut mati setelah terjatuh ke jurang sedalam lebih daripada 600 meter. Dipetik dari laman Hindustan Times, Sabtu (5/8/2017)...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*