Suami Ceraikan Saya Kerana Peristiwa Malam Pertama Tidak Masuk Akal

loading…


Kahwin Baru 4 Hari, Suami Ceraikan Saya Kerana Peristiwa Malam Pertama Yang Tidak Masuk Akal. Assalamualaikum. Di sini saya ingin berkongsi peristiwa yang baru saja berlaku dalam hidup saya. Saya telah bernikah pada 30 Julai yang lalu serta majlis persandingan diadakan di kediaman keluarga saya.Kahwin Baru 4 Hari, Suami Ceraikan Saya Kerana Peristiwa Malam Pertama Yang Tidak Masuk Akal

Pada keesokan harinya, majlis bersanding menyambut menantu diadakan di rumah pihak lelaki. Saya mengakui pada malam pertama, selepas mandi saya bersalin pakaian di bilik lain. Bila mana saya masuk ke bilik tidur, suami telah pun tidur.

Awal Ogos, suami telah keluar daerah atas urusan kerja selama 2 hari. Tetapi sekembalinya suami dari outstation, dia telah datang ke rumah bersama dua orang lelaki yang juga adalah ahli keluarganya.

Pada malam itu, bersamaan dengan hari keempat kami bergelar suami isteri, dia telah menceraikan saya di hadapan ahli keluarga yang lain. Dia menceraikan saya dengan talak 2 dengan alasan tidak boleh menerima saya bersalin pakaian di bilik lain.

Saya dan ahli keluarga tergamam dengan kata-kata dia. Berkali-kali kami bertanyakan, adakah itu saja sebabnya saya diceraikan? Dia mengangguk dan berkali-kali kata yang dia tidak boleh menerima tindakan saya itu.

Adakah wajar dia terus menceraikan saya? Saya diceraikan tanpa disentuh lagi. Malam pertama kami hanya tidur sebilik dan sekatil sahaja tanpa apa-apa yang berlaku.

Semasa dia berada di luar daerah, dia langsung tidak mahu menjawab panggilan telefon dari saya. Apakah kesalahan saya sangat besar? Saya hanya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri tetapi tanpa berbincang atau bertanya, dia sesuka hati menjatuhkan talak ke atas saya dengan alasan tak boleh menerima kasih bersalin pakaian di bilik lain?!

Kisah ini diceritakan dari Kisah Rumah Tangga dan ini adalah antara komen-komen netizen:

Kahwin Baru 4 Hari, Suami Ceraikan Saya Kerana Peristiwa Malam Pertama Yang Tidak Masuk Akal

Source : Kisah Rumah Tangga

loading...

Menarik Juga Di Bawah :

Perhatian Tolong Semak Kad Pengenalan Anda Sekarang. Saya ingin berkongsi cerita saya…pada petang tadi…pada jam kira…4.30 petang…saya pergi pejabat pos…untuk memperbaharui ‘L”..motosikal…saya..apabila saya b’tanya…berapa perlu saya bayar untuk tempoh 6 bulan…kaunter tersebut..bagitau saya…kena bayar sb...
GAMBAR Sekitar Majlis Perkahwinan Puteri Johor, Tunku Aminah & Dennis Hari ini berlangsungnya majlis perkahwinan Diraja Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama pasangan pilihannya, Dennis Muhammad Abdullah. Perkahwinan yang penuh dengan adat istiadat melayu itu berlangsung di Istana B...
GAMBAR Pengantin Baru ‘Tayang’ Aksi Mukaddimah Malam Pertama Di FB!! DUNIA AKHIR ZAMAN!! Korang Lihatlah Sendiri Gambar Pengantin Baru ‘Tayang’ Aksi Mukaddimah Malam Pertama Di FB?  
Diceraikan Suami Kerana Mengeluarkan ‘Bunyi Aneh’ Seorang wanita yang sangat mencintai suaminya mengaku tidak dapat lagi menahan kepedihan atas keretakan hubungan rumah tangga mereka. Beliau yang sudah pun memiliki anak 3 berkata dia sudah tidak tahu mahu buat bagaimana, selepas suaminya hendak m...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*