Suami Tak Angkat Call, Isteri Live FB Tunjuk Gantung Anak

loading…


Tindakan seorang ibu berusia 28 tahun menggantung leher bayinya yang berusia 22 bulan dikecam oleh ramai netizen di Thailand.

Lapor Oriental Daily, tindakan bodoh dan gila wanita itu berpunca daripada suaminya yang tidak mengangkat panggilan telefon.

Wanita itu berang selepas dia cuba untuk menghubungi suaminya berkali-kali tetapi gagal. Dia telah menyuruh suaminya itu untuk pulang ke rumah untuk menjaga anak kecil mereka itu.

Akibatnya, wanita itu telah membuat live yang berdurasi lebih dari satu minit di Facebook menunjukkan perbuatan dia menggantung leher anaknya dengan tali sambil memaki hamun si suami.

Kejadian tragik itu dilaporkan berlaku pada 11 Ogos lalu dekat Lat Krabang, Thailand.

Dia mengangkat tali itu hinggga ke paras bahunya sehingga menyebabkan bayi itu meronta kesakitan dan tercekik lebih kurang selama tujuh saat sebelum wanita itu membaling mangsa ke atas tilam yang berhampirannya.

Di dalam video itu juga, wanita tersebut telah mengugut untuk membunuh bayinya itu jika si suami masih tidak menjawab panggilan telefonnya dan tidak mengambil bayi itu.

Kebetulan, video itu turut ditonton oleh nenek mangsa dan dia kemudiannya segera mendapatkan bantuan kerana bimbang akan keselamatan cucunya itu.

Ketika pihak berkuasa sampai di rumah tersebut, mangsa berada dalam keadaan selamat dan dia tiadak mengalami sebarang kecederaan.

Wanita itu juga mengaku konon dia menyesal atas perbuatannya itu dan memberitahu dia mengalami masalah depresi serta mengesyaki suaminya ada skandal dengan wanita lain. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

loading...

Menarik Juga Di Bawah :

GAMBAR Pengantin Baru ‘Tayang’ Aksi Mukaddimah Malam Pertama Di FB!! DUNIA AKHIR ZAMAN!! Korang Lihatlah Sendiri Gambar Pengantin Baru ‘Tayang’ Aksi Mukaddimah Malam Pertama Di FB?  
Wanita Sangkakan Dia Sedang Solat Dengan Kawan,Rupa-Rupanya!! Nama Aku Nani. Haritu ada viral pasal video yang solat dengan hantu tu kan? Jin islam nama dia. Yaa kes aku lebih kurang macam tu, cuma dia tak berimamkan aku, dia sebelah aku. Kalau ada kesilapan teknikal maaf naa, aku bagitau apa yg aku nampak ja. ...
ERM!! Bila Suami Pergi Mandi, Dia Mesti Selak Langsir Bilik Saya.! Sebagai seorang wanita, apabila kita mengahwini seseorang itu bermakna kita bukan sahaja menerima si suami malah kita juga harus menerima seluruh ahli keluarga suami. Keluarga mertua merupakan sebahagian keluarga kita apatah lagi bagi diri ini yan...
6 Tabiat Di Bilik Tidur Yang Perlahan Akan Membunuh Perkahwinan Anda. Kekurangan keintiman atau berhubungan bukanlah satu-satunya masalah yang pasangan hadapi di dalam bilik tidur. Selalunya, masa sebelum kita tidur adalah satu-satunya masa tanpa gangguan yang kita boleh dapatkan untuk bersama dengan pasangan, terut...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*