Tahniah Kepada Rody Kristal Yang Kini Bergelar Suami Nur Izwani

KUALA LUMPUR – Dengan sekali lafaz, gitaris kumpulan Kristal, Rody kini sah bergelar suami kepada penjaga gol futsal kebangsaan, Nur Izwani Azman.

Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 32, dan Nur Izwani, 31, dinikahkan oleh jurunikah Nazlee Abdul Razak dalam sebuah majlis pada malam Jumaat lalu di Hotel Kulai, Johor.

“Alhamdulillah, hari ini hari bersejarah buat hidupku. Dengan sekali lafaz aku telah menjadi suami. Buat isteri yang tercinta, insya-Allah saya akan jaga dan bimbing sayang,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Rody, menyediakan mas kahwin berjumlah RM111 manakala wang hantaran sebanyak RM11,111.11 serta memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pengantin perempuan.

Majlis resepsi pasangan berkenaan diadakan di Dewan Raya Kulai, Johor pada Sabtu. – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*