Tak Pandang Lain, Cacha Maembong Serius Nak Kahwini Kekasih Cina

PELAKON Chacha Maembong memberitahu hubungan cintanya dengan pemuda Cina iaitu Leslie semakin serius.Malah, Chacha atau nama sebenar Siti Aisyah Ismail, 21, berkata keluarga mereka berdua sudah pun mengenali antara satu sama lain.

Hubungan saya dan kekasih boleh dikatakan semakin serius. Saya dah berjumpa dengan keluarga dia dan begitu juga dengannya.Alhamdulillah, keluarga kami memberi restu hubungan cinta ini. Tidak ada halangan biarpun saya dan dia berlainan agama,” kata Chacha kepada mStar Online.

Tambah adik kepada pelakon Emma Maembong ini, mereka ada merancang untuk membawa hubungan tersebut ke peringkat seterusnya iaitu berkahwin.

mStar Default Image

Chacha Maembong semakin cantik.

Chacha juga berkata mereka ada berbincang mengenai keinginan jejaka tersebut untuk memeluk agama Islam.”Insya-Allah kalau ada jodoh kami memang ada perancangan untuk berkahwin. Saya dan Leslie pernah berbincang yang dia nak peluk agama Islam.

Namun, bukan dalam waktu terdekat ini. Saya pun masih lagi muda dan perjalanan karier masih panjang.Lagipun biarlah Emma berkahwin terlebih dahulu. Saya tak mahu langkah bendul,” ujarnya.Chacha dan Leslie sudah menjalinkan hubungan cinta hampir setahun. Mereka berkenalan melalui rakan pada tahun lalu.

Chacha dan kekasihnya iaitu Leslie yang berbangsa Cina. 

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Pantai Timur ini berkongsi pengalaman bekerja dengan pelakon Bollywood iaitu Gulshan Grover dan Farida Jalal menerusi filem terbaru lakonannya I’m Not A Terrorist.

Apabila saya dapat tawaran berlakon bersama bintang terkenal Bollywood memang sangat teruja dan dalam waktu yang sama ada juga perasaan takut.Mana tidaknya, saya hanya pelakon biasa yang baru nak membina nama dalam industri.  Manakala mereka antara nama yang besar dalam dunia Bollywood.

Tapi bekerjasama dengan mereka sangat seronok. Gulshan banyak membantu saya dalam menjiwai watak dan Farida pula sentiasa memberi tunjuk ajar,” katanya.

Filem arahan Arjin Uppal ini juga dibintangi pelakon Bollywood Rahul Dev dan diterajui pelakon utama dari Malaysia, Afiq Muiz yang bakal ditayangkan pada 5 Oktober depan. Baca lebih lanjut di mstar.com.my / cari.com.my

Menarik Juga Di Bawah :

Tiara Jacquelina Dikecam Pakai Singlet Dalam Masjid? Selebriti Tiara Jacquelina telah melawat negara Turki pada bulan lepas. Turki merupakan negara yang memang terkenal dengan sejarah yang amat mengagumkan. Tiara Jacquelina yang dikenali ramai sebagai pelakon Puteri Gunung Ledang, telah melawat bany...
Apa Yang Dijumpainya Ketika Memasuki Pintu Itu Sangat Luar Biasa Pakcik Petani Ni Jumpa Pintu Misteri Ke Bawah Tanah..Bila Masuk Jer Ke Dalam Apa Yang Di Lihatnya Benar Benar MENGEJUTKAN!! TERBELIAK MATA PAKCIK NI TENGOK!! Tak Percaya Betul Apa Yang Di Lihatnya. Jom Kita Tengok! Sila tonton video: https://yo...
Top 10 Artis Wanita Malaysia Yang Paling Seksi Di Instagram. Siapa sangaka selain daripada artis dari Indonesia, rupa-rupanya, artis wanita di Malaysia pun boleh tahan seksinya. Mungkin ramai yang menafikan perkara ini, tetapi hakikatnya, action is louder than word. Berikut merupakan senarai terbaru arti...
Kata Pergi Breakfast, Tapi Kau Curang Dengan Lelaki Lain! Seorang lelaki bertindak menyerang isterinya dengan seorang lelaki yang dipercayai kekasih gelapnya selepas terserempak dengan mereka berhampiran dengan tempat kerja lelaki itu. Suami yang berang itu lalu menarik baju isterinya dan menendang lelak...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*