Tak Sanggup Dah Duduk Rumah Sekarang, Azab Sangat Rasanya !!

loading…


PENGASAS jenama D-Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman terus menerima kecaman daripada netizen selepas memuat naik gambar rumahnya yang masih dalam peringkat pembinaan.

“Nampak saya tak? cer cari saya di mana?? ni bukan side utama depan rumah saya ni side tepi laluan basement parking bawah tanah dan bilik,” tulisnya di laman sosial Instagram miliknya.

Katanya lagi, rumahnya itu masih dalam proses untuk disiapkan dan masih berada di tahap awal proses pembinaan.

“Penantiaan itu satu penyeksaan lagi 35pratus nak siap.. tak sanggup dah duduk rumah sekarang, azab sangat rasanya… bilalah rumah saya ni nak siap..,” tulisnya lagi.

Baru dua jam dimuat naik, sudah lebih 11,000 komen yang diterima.

Ada yang menjadikan ia sebagai inspirasi dan mendoakan agar Aliff Syukri atau lebih popular dengan panggilan abang terlajak laris sukses dalam bidang perniagaan.

c.atie203 berkata; “Allahuakbar.. Syukur.. ni lah bukti usaha keras Dato selama ni kan.. Alhamdulillah…cantik sangat-sangat mahligai Dato ni…#salute

“Tak salah pun jadi orang kaya. InshaAllah ada hikmahnya kaya tu. Dato kan banyak bersedekah. Alhamdulillah,” tulis qeis_balqiss.

a.m.i.r.u.l_0227 juga memuji semangat Aliff Syukri yang tidak putus asa dalam perniagaan.

“Tak perlu nak cemburu dengan @aliffsyukriterlajaklaris , sebab sebelum dia senang dia tahu macam mana peritnya nak berjaya. Korang tak nak usaha macam mana nak berjaya macam dia . tak semua orang senang lahir-lahir senang. Diri sendiri yang tentukan nasib kita masa akan datang. Sekian,” tulisnya.

Biarpun begitu, ramai juga netizen yang mengecam tindakan Aliff Syukri memuat naik gambar rumah tersebut.

Antaranya, atie.jumaat; “Rumah yang duduk sementara sekarang ni dia boleh cakap AZAB… bagaimana agaknya orang yang miskin tak ada apa-apa langsung,” tulisnya.

Salinanilas turut memberi komen; “Kecik hati orang Dato. Istilah azab tu macam rasa teruk sangat-sangat dah. Macam tak ada api air, bantal tilam bagai. Apa-apa pun yang paling utama kena #syukurselalu.”

Terdahulu, ramai netizen mempertikaikan tindakan Aliff Syukri selepas meletakkan kucingnya di dalam tandas hingga banyak kecaman diterima.

Sumber: Sinar Harian

loading...

Menarik Juga Di Bawah :

Video Aksi Biadap Pasangan Dirakam CCTV Domino’s Pizza Britain - Sepasang kekasih telah ditahan kerana di dakwa telah berkelakuan tidak sopan di hadapan umum apabila mereka tanpa segan-silu melakukan seks di sebuah restoran pizza di sini. Pasangan tersebut yang dikenali sebagai Danielle Hirst 28 tahun...
Akhirnya Ada Orang Kantoikan Kenapa Lisa Pakai Seluar Pendek Saje. Akhirnya Ada Org Kantoikan Kenapa lisa PakAi Seluar pendek aje kat pantai smpi nmpk peha selulit(komen anti dia)..fuh klu korg baca la klu tul la pun..mmg bangang gila reason dia buka aurat peha tu..apa nk heran pun,wife norman kru yg jelita tu lagi ...
Bekas Suami Komen Pergolakan Rumahtangga Joy Revfa, Hafiz Hamidun. Bekas suami Joy Revfa, Datuk Ray Imran, meluahkan rasa sedih apabila rumahtangga yang baru dibina wanita itu bersama penyanyi, Hafiz Hamidun, dilanda badai. Ray berkata, beliau seperti dapat mengagak punca perkahwinan bekas isterinya itu retak, ma...
Ahli Bina Badan Mati Lepas Gagal Buat ‘Back Flip’- VIDEO SEORANG juara bina badan maut berikutan cedera parah selepas cubaan untuk melakukan aksi back flip ketika sesi pemanasan badan gagal dibuat dengan sempurna. Menurut sumber, mangsa iaitu Sifiso Lungelo Thabete mengalami kecederaan di bahagian leher...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*