Teka-Teki Arhirnya Terjawab Apabila Azrinaz Pilih Rakan Lama Jadi Suami

KUALA LUMPUR – Bekas pengacara televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim selamat diijabkabulkan dengan rakan lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman Azrinaz sini.

Pasangan yang mengenali satu sama lain sejak 20 tahun lalu itu mula menjalinkan hubungan serius kira-kira setahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.

Azrinaz yang juga bekas isteri kepada Sultan Brunei itu memberitahu, dia membuat keputusan untuk menamatkan zaman jandanya selepas yakin dengan suaminya yang sangat memahami rentak kehidupan serta kehendaknya.

“Bukan material yang dicari, cukuplah seorang insan yang dapat membimbing, meneman, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi diri ini di kala susah senang, suka duka, cerdas dan sakit sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua,” tulis Azrinaz menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Azrinaz turut memohon maaf kepada semua pihak termasuk media kerana tidak berkongsi lebih awal berita pernikahannya itu.Kami bukanlah sempurna, dengan ketidaksempurnaan inilah yang melengkapi kami berdua. Dari lubuk hati, maaf dipohon 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan-rakan media terlebih dahulu mahupun sahabat handai.

Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumah tangga nanti,” katanya.Azrinaz berkata, dia hanya melakukan persiapan dalam masa dua bulan bagi merealisasikan hari bahagianya itu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jawi Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim berwalikan bapa pengantin perempuan, Hakim Azhar Mohammad Johar.

Azrinaz sebelum ini pernah bergelar isteri kepada Sultan Brunei selama lima tahun dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 12, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 10.

Dia juga pernah dikaitkan dengan ikon fesyen, Wak Doyok dan dilaporkan sempat mengikat tali pertunangan pada Aidilfitri 2016 sebelum berpisah. – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*