TERKEJUT,Tengah Makan Malam, Isteri Tiba-Tiba GIGIT Telinga !!

loading…


Aku tak ada masalah rumah tangga sangat. Tapi ia lebih kepada rajuk bini yang tak berpenghujung & bini buli jiwa batin aku sbb protes. Usia perkahwinan aku hampir 4 tahun dan ada seorang anak lelaki yang baru cekap bertatih.

Aku kakitangan swasta & bini suri rumah. Rajuk bini bermula 3 bulan lepas. Aku balik rumah lewat dan bini macam biasa tunggu aku balik rmh. Dia teman aku makan & borak2 dgn aku sampai jam 2 pagi. Tiba² bini bangun dr kerusi terus peluk leher aku gigit cuping telinga aku (aku tahu dia nak bersama). Aku TERcakap aku penat nak tidur. Aku TERcakap. Aku tak sengaja pun nak cakap macam tu.

Bini buat muka ketat terus masuk bilik anak & tidur dengan anak. Sepanjang perkahwinan kami, aku tak pernah cakap aku tak nak bila dia mintak & dia juga tak pernah cakap dia tak nak bila aku mintak walaupun dia tengah demam dia layan aku jugak.

Esok pagi dia tak buat sarapan untuk aku. Lepas subuh dia sambung tidur. Aku paham dia merajuk. Selepas dua hari dia cakap balik mcm biasa dgn aku tapi dia tak layan aku ats katil. Bila aku mintak dia ckp dia penat. Kat situ aku dah nampak dia protes. Hampir dua minggu aku mintak & dlm masa yg sama aku pujuk dia bg bunga bagi handbag beli fav food dia. Dia ambik je hadiah2 yg aku bg tp dia masih tak layan aku dalam bilik. Dia cakap2 gelak2 gurau2 dgn aku mcm biasa tp bab di ranjang dia protes.

Benda ni berlarutan hampir sebulan dan aku minta nasihat officemate(lelaki). Cadangan yang aku terima adalah untuk takut² bini dengan hal poligami, dengan harapan bini berhenti protes. Weekend, aku tengah tengok tv dengan bini & aku pun bersuara yang aku nak kawin 1 lagi atas alasan bini tak nak layan aku di bilik. Bini wat muka selamber terus masuk bilik. Dalam hati aku mesti bini tengah nak mengamuk & dia keluar bilik jap lagi mesti dia minta maaf kat aku supaya jangan kahwin 1 lagi. Tak sampai seminit, bini keluar dari bilik hulur sekeping rm50 suruh aku pegi beli starbucks dua cawan. Hahhh biar betul dia ni, tak de perasaan ke laki nak kawin 1 lagi. Aku pun pegi beli. Otw blk rmh aku fikir bini mesti tgh nangis tp tak nak aku tgk dia nangis sbb tu suruh aku pergi beli starbucks.

Sampai je rumah aku dengar suara bini dengan anak aku tengah jerit². Aku syak bini tengah meraung nangis. Sekali aku masuk rumah tengok bini tengah main kejar² dengan anak keliling meja makan. Siap pelawa aku lagi ajak join sekali. What….like seriosly?? Dia ni tak ada perasaan ke laki nak poligami. Selepas seminggu bini bersuara & tanya bila nak kenalkan dia dgn bakal madu. Hahhh…aku pulak yg mati akal. Aku tnya bila nak jumpa? & dia tak kisah ke? Dia boleh jawab dia okay ja kalau nak bermadu. Sumpah aku pulak yang murung selepas tu.

Aku berpakat dgn officemate(perempuan) suruh dia pura2 jadi girlfriend aku. & aku janji aku bertanggungjawab ats sebarang kemungkinan jika bini aku serang dia kelak. Pertemuan di aturkan di sebuah restoran oleh bini aku. Aku dtg bawa officemate. Riak muka bini biasa ja. Tak de tanda2 org nk mengamuk. Bini cakap kita tunggu lagi 5minit nak cukupkan korum. Hahh..sudahh. Siapa je yg dia jemput. Tak sampai 5 minit mak bapa aku dtg & mak bapa mertua aku pun dtg. Lepastu dtg lagi sorang lelaki hulur kad nama pada aku.. ohh peguam rupanya. Tiba2 aku sakit kepala. Apa pulak yg nak jadi kali ni.

Bini aku bersuara dia beri izin jika aku ingin berpoligami tapi dengan bersyarat. Dia hulur 1 dokumen dan minta aku sign jika aku ingin poligami. Dalam dokumen tu tertera syarat antaranya, bini muda harus memberikan rm20k kepada bini tua setiap bulan tanpa gagal, bini muda harus memberikan sebuah kereta Maserati bebas hutang & pindah milik kepada bini tua, rumah yang kami tinggal harus di tukar milik ke atas nama bini tua. Aku tnya kenapa bini muda harus berikan semua tu kepada dia. Selamber ja dia jawab “aii laki nak share, bebird nak share, takkan duit ringgit harta benda tak nak share dgn dia..” hahaha bini aku memang banyak akal. Bini cakap jika aku kahwin jugak tanpa setuju syarat tu atau madu dia gagal penuhi syarat tu, dia akan bawak lari anak aku. Hahhhh…ini memang aku lemah. Aku tak boleh hidup kalau ank aku tak de.

Aku akur & tak nak poligami & bterus terang dgn dia tu semua rancangan aku dgn officemate saja. Selepas dr tu dia layan ja aku di katil tp lebih kepada membuli aku. Tengah² bersama boleh dia² bangun belah mcm tu je dia ckp dia penat. Teruk la aku mcm ni. Nak tanya otai2, ada tak ayat cia cia cia ke doa2 ke nk hembus2 kat bini bg dia lembut hati dgn kita balik. Doa2 sebelum ni try tak mujarab.

loading...

Menarik Juga Di Bawah :

GAMBAR Pengantin Baru ‘Tayang’ Aksi Mukaddimah Malam Pertama Di FB!! DUNIA AKHIR ZAMAN!! Korang Lihatlah Sendiri Gambar Pengantin Baru ‘Tayang’ Aksi Mukaddimah Malam Pertama Di FB?  
Video Ibu Biarkan Anak Kecilnya Dipatuk Ular Bikin Warganet Bengang!! Bayi itu cuba menyentuh ular terbabit dan dia kemudiannya dipatuk oleh ular tersebut. Manakala ibunya pula hanya ketawa apabila melihat reaksi anaknya yang terkejut itu. Dia kemudiannya memuatnaik video tersebut dalam Facebook sambil menerangkan b...
KANTOI..!!! Cik Wawa Tewas ‘Dipukau’ Untuk Bog3l & Dirakam…!! Ampang: Terpukau dengan tindakan seorang kenalan baru wanita (Cik Wawa ) yang berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum dipaksa membayar RM1,500. Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun ...
Doktor, Ain Tengah Kesepian Ni, Jap Ain Hantar Gambar Dulu Ye. Ngeri juga membaca perkongsian daripada seorang netizen bergelar doktor ini. Bayangkan niat untuk berkongsi ilmu dan membantu pesakit, dibalas dengan perkara negatif dan tidak sepatutnya! Menurut lelaki dikenali sebagai Onn Azli, sebelum ini dia mem...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*