Cara untuk Kenal Gangguan Syaitan pada Bayi kita dan Cara Menghentikannya.

Kadang-kadang anak kita menangis tengah malam, mata dia terbeliak tengok atas.Mata dia nampak sesuatu yang amat menyeramkan , paling sedih sekali dia tak tahu nak cerita kita apa dia nampak. Ibu ayah kena baca artikel ni.

Gangguan Pada Bayi
Kerap kali kita lihat anak-anak kecil atau bayi yang kerap menangis malam tanpa sebab. Susu sudah..tukar lampin sudah..perut ok, tak kembung..tapi masih menagis.

Antara langkah-langkah yang boleh di lihat sekiranya ada gangguan atau tidak ialah dengan melihat pada anak itu tadi..

-ada kah matanya melilau melihat sekeliling
-menangis yang tiada air mata,
-menangis seolah seperti di cubit,
-menangis dalam keadaan takut,
-tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
-Tidor di selang seli dengan tangisan
-Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari

sekiranya ada tanda-tanda seperti di atas, berkemungkinan ada gangguan.

Bagi ibu bapa yang mengalami situasi ini pertama-tama kali sabar dan jangan panik..kebiasaan ada sesetengah ibu bapa yang mengalami masalah ini, mereka akan menjadi lebih baran / pemarah ada juga yang tiba-tiba mengantuk. Jadi tingkatkan kesabaran.

Apa lah gunanya sekiranya kita ibubapa tetiba marah pada anak/bayi yang masih kecil atas sebab menangis yang tak bersebab. Bagi saya bayi yang tiada gangguan mereka hanya tidur dan mahukan susu..menagis pun atas sebab sakit, kebiasaan perut kembung. Lain pada tu pasti ada gangguan.

Kaedah :

Apa yang kita boleh buat bila mengalami situasi ini
Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.

Kalau tak dapat buat atas sebab kelam kabut, panik..minta pasangan anda pegang dan tenangkan bayi..anda bacakan pada air ayat-ayat tadi..dan sapulah pada bayi (lakukan seperti ambil wudu pada bayi) atau..

Ambil semangkuk air campur 3 keping asam keping..bacakan alFatihah 11 dan Selawat 11 kali kali..dan basahkan dibahagian ubun-ubun bayi. baca dalam keadaan tenang.

InsyaAllah mudah-mudahan manfaat