“Cikgu Makan Gaji Buta Tak Perlu Cuti, Jaga Anak Kami Di Sekolah Waktu Musim Cuti!” (Netizen)

Video sekadar hiasan…

Cikgu tak perlu cuti, boleh jaga anak kami di sekolah

Seorang penjaga memberikan komen negatif terhadap pihak sekolah terutamanya guru kerana bercuti makan gaji buta di kala cuti sekolah.
Tuduhan itu dibuat kerana dia tiada tempat untuk meletakkan anak ketika cuti sekolah. Lalu menggesa cikgu datang ke sekolah semata-mata untuk ‘mengasuh’ anak-anak yang tidak dapat dijaga kerana kebanyakan ibu bapa bekerja.

Sebagai guru apa komen anda?

komen guru:

Sepatutnya penjaga perlulah bijak mengurus hal keluarga, bukan mengharapkan sekolah dan guru semata-mata.

Guru juga ada keluarga, ada masa cuti, bukan sepanjang tahun nak menjaga anak kamu!

Dah tahu cuti, pandai-pandailah cari tempat nak letak anak di mana.

komen Paklong:

Dulu sebelum diangkat jadi dato’ seri paduka diraja terutama Paklong pun cikgu jugak, mak bapak zaman tu takda lah mengada macam yang zaman sekarang, hampa tengok apa dah jadi di zaman dajjal ni? lepas satu kes satu kes keluar, semua suspeknya budak-budak bawah umur. Puncanya sapa? anak-anak banyak habiskan masa dengan sapa? bila jadi saja kes orang tuduh guru, sampai ada yang kena dakwa punyalah busuk hati orang zaman sekarang, Paklong dah tua, tak lama lagi dah nak terbang dari dunia ni, tapi kalau benda ni berterusan memang jahanam la Malaysia kita. Buat anak pandai jaga anak takmaw! apa jenih parent mengada macamni!

sumber: pendidik2u.my