Ini Rupanya Rahsia Kegunaan Poket Kecil di Seluar Jeans Kita

Poket ni paling tak guna sekali. Letak kotak rokok tak muat , letak syiling lekat ! Harini baru Paklong tau apa guna dia setelah  berpuluh tahun menyumpah seranahnya. 🙂


RASANYA semua orang memiliki seluar jean. Okey, ambil seluar anda, kemudian perhatikan poket kecil yang terdapat di bahagian sebelah kanan.

Terfikir tak di fikiran tentang fungsi poket kecil ini? Sekali pandang poket kecil ini seakan tiada fungsi selain hanya tampalan untuk menambah aksesori gaya pemakainya.

Pada perokok tegar, mungkin digunakan untuk menyimpan pemetik api. Namun, jangan tidak percaya, dari poket comel ini, kita boleh membaca sejarah seluar jean ini dihasilkan.

la dipopularkan oleh seorang pemuda bernama Levi Strauss pada tahun 1880 iaitu lapan tahun selepas jean masuk ke Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1872.

Jean pertama kali dihasilkan di Genoa, Itali pada tahun 1560-an. Seluar ini dipakai oleh angkatan tentera laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan

‘bleu de Genes’, yang bererti biru Genoa.

Walaupun jenis tekstil ini pertama kali dihasjlkan dan digunakan di Eropah, jean kemudiannya dipopularkan di AS oleh Levi Strauss. Beliau merupakan seorang pemuda berusia dua puluh tahun yang berdagang ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

Tetapi, sebaik tiba di California, semua barangnya habis terjual. Apa yang tinggal hanya sebuah khemah diperbuat daripada kain kanvas.

Disebabkan minat berniaga, Levi Strauss menggunting kain kanvas tadi sebelum dijahit menjadi beberapa helai seluar. Seluar yang siap, kemudiannya dijual kepada para pekerja lombong emas.

Dan ternyata, pelombong emas menyukainya. Seluar ini tahan lama, lasak dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan penemuannya dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut ‘Genes’ oleh Strauss menjadi ‘Blue Jeans’.

Sejak itu, para pelombong mula menyukai seluar buatan Strauss. Mereka menobatkan seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong.

Para pelombong emas menyebut seluar Strauss dengan ‘those pants of Levi’s ‘ atau ‘Celana Si Levi ‘. Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang seluar jean pertama di dunia.

Naluri perniagaan Strauss yang mula membuak-buak, membuatkannya mengajak pengusaha berjaya, Jakob Davis untuk menjadi rakan kongsi.

Pada tahun 1880, kerjasama itu akhirnya menghasilkan sebuah kilang seluar jean pertama di dunia. Produk reka bentuk mereka yang pertama adalah Levi’s 501.

Rekaan seluar pertama itu memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai lima poket. Dua di belakang dan dua di depan selain satu poket kecil dalam poket depan sebelah kanan.

Disebabkan seluar ini dicipta untuk pelombong, poket kecil itu sebenarnya bukan dibuat sebagai aksesori atau sekadar suka-suka. Saku atau poket comel, dicipta supaya pelombong boleh menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.