Kalau Tayar Pancit Lepas Jatuh Dalam Lopak, Anda Boleh Claim Ganti Rugi Itu Guna Cara Ini

Orang Melayu kita kalau tayar pecah jatuh dalam lopak kira nak mencarut saja. Dari habis pahala maki kerajaan baikla claim ikut cara ni , boleh  tukar sport rim baru 🙂


 

KEMALANGAN AKIBAT TERLANGGAR OBJEK ATAU LUBANG DI ATAS JALAN RAYA. APA TINDAKAN ANDA PERLU BUAT?

Pernah dengar Lando Zawawi dan Brotherhood? Tahu apa mereka buat? Merekalah yang sanggup keluarkan duit poket sendiri untuk menampal jalan yang berlubang demi kebaikan untuk pengguna jalanraya lain.

Tahukah anda, jalan berlubang atau jalan rosak dibawah penyelenggaraan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran jika jalan biasa atau Syarikat Konsesi Lebuh Raya jika ia berlaku di lebuh raya.

Oleh itu, jika anda memandu dan mengalami kemalangan akibat jalan berlubang atau terlanggar objek di atas jalanraya. Apakah yang anda perlu buat?

Menurut sumber iaitu laman facebook Jumpa Kat Mahkamah, jika anda mengalami situasi diatas anda boleh mengemukakan tuntutan kepada pihak yang berkenaan.

Ini kerana pihak syarikat konsesi lebuh raya atau pihak berkuasa tempatan mempunyai insurans takaful dan boleh memberi pampasan kepada anda, tanpa perlu anda menggunakan insurans kereta anda sendiri untuk membaiki kerosakan tersebut. Apa yang penting NCD (No Claim Discount) kenderaan anda selamat dan tidak akan terjejas.

Bagaimanakah caranya?

Ikuti langkah-langkah ini:

• Selepas kemalangan, ambil gambar dahulu sebagai bahan bukti.
• Kemudian buat laporan polis. Dalam laporan tersebut anda perlu nyatakan nama jalan, kilometer berapa, tarikh dan masa kejadian berlaku.
• Semak dengan pihak polis sama ada jalan tersebut jatuh di bawah bidang kuasa selenggaraan PBT mana dan terus ke pejabat khidmat pelanggan PBT tersebut atau jika kes di lebuh raya, pejabat syarikat konsesi tol.
• Anda akan diminta untuk mengisi borang tuntutan dan memberikan laporan polis serta gambar kejadian.

Setelah menyelesaikan langkah-langkah di atas, pihak insurans akan menghantar penyiasatnya ke lokasi kejadian untuk menyiasat kawasan kejadian. Selepas siasatan dijalankan, pihak insurans akan mengeluarkan pendapatnya dan tawaran pampasan ganti rugi yang wajar diberikan kepada anda.