Kenapa Bayi Bawah Setahun Tidak Boleh Diberi Madu? Ustaz Sila Baca

Kami taula madu tu Sunnah Nabi , tapi baca dulu alasan doktor ini. Ustaz jangan laju sangat nak kata doktor ni Kafir ka melawan Sunnah ka. Dia dah banyak dah tengok kes kematian sebab ni. 🙂

*********************************

Kerana di dalam madu dikhuatiri ada bakteria bernama Clostridium Botulinum yang boleh menyebabkan penyakit Botulism.

Bagaimana dengan madu kelulut yang asli?
Anda pasti ianya asli?
Well, tak kira asli atau kelulut atau tidak, kesemua jenis madu boleh mengandungi bakteria ini.

Bahayakah botulism?
Bahaya kerana ianya boleh mengganggu sistem pencernaan, sistem pernafasan dan menyebabkan otot otot badan menjadi lemah.

Simptom biasanya terjadi selepas 12-36jam selepas bayi diberikan madu dan simptom tersebut boleh melarat dan memudarat sehingga 14 hari.

Apakah simptom simptom?
1. Sembelit
2. Kurang selera makan
3. Otot muka dan mulut menjadi lemah menyebabkan air liur sentiasa meleleh, bayi tidak dapat menelan makanan dan minuman dan bayi juga sukar menangis
4. Otot leher dan bahagian badan lain juga lemah menyebabkan bayi kelihatan lemah tidak bermaya sahaja
5. Bayi akan sentiasa merengek kerana lapar dan tidak selesa
6. Pucat
7. Demam

Jika tidak dikesan dan dirawat dengan betul dan cepat, ianya akan semakin teruk bila semua otot di badan bayi menjadi lemah sehingga sukar untuk membuka mata pun!

Bolehkah bayi selamat dari penyakit ini?
Insha Allah boleh jika diberi rawatan yang betul dan segera.

Kenapa bakteria ini hanya menyerang bayi di bawah setahun?
Bakteria ini biasanya ada di dalam madu.
Tapi untuk bayi di bawah setahun, badannya masih belum kuat untuk melawan bakteria ini terutamanya bayi yang lahir pramatang/tak cukup bulan.

Jangan siksa bayi anda.

Ya madu adalah makanan sunnah.
Tapi kita perlu berhati hati bila madu boleh diambil.

Sabar.
Nanti bayi anda sudah lebih dari setahun, boleh diberikan madu.

Cuma kita kena bijak membeli madu.
Ramai yang kata madu mereka adalah madu asli padahalnya sudah dicampur dengan gula yang tinggi.

Bahaya bayi dan kita yang dewasa mengambil makanan yang tinggi gula.

Madu yang memgandungi bakteria ini sukar dikesan kerana kita tidak dapat melihat dengan mata kasar dan struktur madu tidak berubah dari segi warna dan baunya.

Sudah beberapa kes botulism dikesan di Malaysia baru baru ini.

Sayangi anak kita.
Jangan gopoh gapah memberi mereka macam macam makanan kerana sistem pencernaan belum matang di bawah usia setahun.

Sabar sabar sabar.
Nanti besar, boleh makan semeja sama sama semua benda yang halal✌️

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3448763/

https://www.canada.ca/…/food-safety-vu…/infant-botulism.html

Nota kaki : Madu tidak selamat untuk bayi bawah setahun dan menaikkan tekanan darah untuk mak mak bayi bila bapak bapak bayi sebut madu😋

Dr. Erna Nadia
Pegawai Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia