Kisah Benar Suamiku Disihir Gadis Dannok

Kalau ada di sini sesiapa yang suka pergi  ke sempadan Thai untuk buat kerja tak elok, minta bertaubatlah. Kalau terkena sihir bomoh siam macam suami aku ni, Ustaz kita yang biasa-biasa ni pun tak lepas nak lawan sihir depa. 🙁


Saya harap perkongsian saya dapat memberi manfaat pada semua. Ini full story macamana nak detect behavior suami curang dan sihir rumah tangga. Agak Panjang. Tapi inshAllah membantu. Demi Allah, Allah saksi saya, cerita dibawah 100% cerita saya dan bukan rekaan imaginasi atau petikan novel. Saya pernah siarkan cerita ini di KRT tapi sebab admin ada tersalah copy paste plot story, saya cuba di IIUM.

Saya berkahwin usia muda, 22 tahun. Kenal setahun, bertunang setahun. Umur 24 tahun dapat anak pertama. Anak kedua, dua tahun selepasnya. Keduanya lelaki, selective czer. Dia suami yang baik. Semua access social media, account bank, handphone semua saya ada. Dan sepanjang bercinta sampai tunang, sampai kahwin anak dua, memang tak pernah saya tangkap apa-apa walaupun sekecil sms sekalipun. Jadi saya percayakan dia. Cuma kami ada masalah dia ni memang pemalas. Saya kena serve dia macam raja. Contoh: Baju kat mana dia buka baju, kat situ dia campak. Tak pernah tolong buat kerja rumah sekalipun dalam pantang. Dan masalah sampingan, ibu mertuaku nauzubillah (anak tunggal) faham-faham. Kisah ibu mertuaku ni, kalau kalian nak saya hurai, saya kena buka post lain. Kalau ada perminatan saya buat.

 

Okay sambung..

Perkahwinan saya bahagia. Saya datang dari keluarag sederhana, adik beradik ramai. Dia pula dari keluarga senang, anak tunggal. Kami bahagia, walaupun anak tunggal tapi dia diajar untuk cari duit sendiri. Kami sama-sama berkerja. Tiap bulan gaji saya sepenuhnya saya serahkan pada dia sebab gaji dia tak cukup. Waktu tu tak rasa apa-apa sebab kami bahagia. Kami tinggal di condo hadiah perkahwinan kami dari parents dia. Cuma kami masih perlu bayar sewa RM1000 sebulan kepada parents dia. Harga rumah 1.2 Million jadi saya rasa dah cukup bersyukur dengan apa kami bayar. Lepas lahirkan anak pertama, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Fully susukan anak. Sampai 1 masa, dia cakap dia nak berhenti kerja, nak buka kedai retail. Waktu tu saya mengandungkan anak kedua 5 bulan.

Mula-mula saya tak setuju. Tapi dia pegang tangan saya, dia menangis, dia cakap dia perlukan sokongan saya, sebab dia tahu parents dia takkan sokong. Saya memang ada background business dan marketing. Kami suami isteri bangunkan kedai. Permulaan setup deco semua, saya yang uruskan. Marketing. Kedai buka jam 10am sampai 4am. Saya la cleaner, cashier, saya lah marketeer, sayalah accountant. Sebab waktu tu tak mampu nak ada staff. Kadang-kadang sampai tertidur anak beranak dalam stor kedai sebab penat sangat. Susah.. tapi kami bahagia. Saya tak dibayar gaji selama 4 tahub. 60% kedai saya uruskan. Tapi asal lepas makan pakai, kereta, komitmen, saya dah happy.

Business semakin maju. Saya jadi tulang belakang. Lepas tu kami decide untuk buat product sendiri. Saya yang keluarkan duit asb sepenuhnya untuk modal. Staff dari seorang jadi ramai. Business tu mengubah hidup kami.. Sepenuhnya..

Tahun 2016. Titik hitam dalam perkahwinan saya. Dia mula berubah. Saya nak listkan dibawah supaya yang membaca jangan ulang kesilapan saya untuk alert dengan petanda-petanda Allah seawal bulan pertama.

Petanda 1: Dia dah jarang Jemaah. Suruh solat pun liat.
Petanda 2: Lepas solat subuh biasanya saya akan baca 1 helai Alquran. Sejadah biasanya di sebelah katil kami. 1 pagi, saya tengah baca alquran, dia bangun dan cakap “You ni nak baca, baca kat luar boleh? Bising tahu tak?”

Petanda 3: Saya selalu mimpi dia curang.

Petanda 4: 1 malam dia kejut saya untuk bersama. Tapi “cara ajakan” tu lain. Saya terdetik nak tanya dia “Whats my name?” Dia jawab, “Nadlopha” bukan nama saya. Nama someone yang saya tak kenal.

Petanda 5: Time mandi, dia akan bawa handphone masuk toilet. Dia pasang lagu-lagu cinta. Dan nyanyi.

Saya abaikan semua petanda tu. Bagi saya, suami saya baik. Tak baik buruk sangka. Walaupun hati saya kuat rasa macam ada tak kena.

Lama kelamaan makin teruk, susah nak diajak berjalan bawa anak. Asyik nak marah-marah. Hubungan bersama dah tak ada. Macam mati nafsu. Dia pernah ke negara seberang dua hari. Off telephone (Petanda ke 6). Sampai Malaysia, dia cakap charger dia rosak. Dia peluk saya sangat sangat kuat dia cakap dia rindu (Petanda ke 7). Baju dalam luggage, semua dia masukkan dalam wash machine, immediately lepas masuk rumah dari airport letak sabun dan spin – Petanda ke 8. Suami saya sejenis tak boleh tidur tanpa saya disebelah. Tapi dia hilang 2 hari ke negera seberang tanpa 1 pun call (Petanda 9)

Makin hari makin teruk. Sampai 1 malam, dia cerita pada saya dia selalu macam kena gangguan. Macam selalu nampak kelibat. Sampai 1 masa dia stress, dia jerit “Apa kau nak?” Dia dengar suara jawab “Aku nak kau murtad”. Waktu tu dia dalam kereta seorang.

Saya usahakan jumpa Ustaz A. Datang rumah. Baldi kosong. Dia muntah susu ada tompok-tompok merah. Sebelum ustaz tu balik, ustaz tu cakap “Sebab awak ni banyak buat perbuatan mungkar” Pendek je ayat dia, saya terlepas petanda ke 10 Allah bagi…

Lama-lama, saya dah tak tahan. Dia dah pandai balik lewat. Kedai tutup 12am, jam 4 pagi dia baru sampai rumah. Saya sendiri urus anak. Hantar preschool, lepas tu sambung pergi kedai. Petang balik, ambil anak, sambung kemas rumah pulak. Begitulah hari-hari.

1 malam, saya solat sunat hajat. Saya menangis semahu-mahu kat sejadah. Saya doa “Ya Allah, Kau bantu aku Ya Allah, Kau berikan aku petunjuk. Mana suami aku yang dulu?”

Saya tertidur dalam telekung. Dalam jam 2 pagi saya terbangun. Sebab saya dengar pintu rumah tertutup. Bila saya jenguk, dia dah keluar. Bila dia balik pun saya tak tahu. Waktu yang sama juga, saya terdetik nak check email. Saya nampak bill telefon kami. Saya terdetik nak check satu2. 4 tahun kahwin, saya tak pernah check. Haritu terdetik

Saya nampak ruangan international call, ada 1 number dari negara seberang. Saya call. Perempuan tu macam kenal saya.

“Hai Atikah (contoh nama bukan sebenar), your brother is looking for you”.

Saya confused. Saya tanya dia “Who’s my brother?”.

Dia sebut nama suami saya. Saya lagi confuse.

Saya jawab “Hes my husband. Not my brother”

Perempuan tu terkejut. Dia hung up..

Saya call suami.. Engage. Saya call perempuan tu.. Engage.

Saya terdetik nak save no perempuan tu. Saya search dia di Whatsapp, tak jumpa. Saya search dia di LINE apps, jumpa! Display photo, suami saya siap berpakaian uniform pilot, tengah kiss pipi dia.

Seluruh badan saya menggigil. Saya meraung sampai parents dia terbangun. Saya tunjuk gambar tu kat mak. Mak mengucap panjang. Saya call dia, saya cakap balik sekarang, kalau tak, saya cari dia kat luar.

Dia pun balik. Dia ketawa tengok gambar tu. Dia jawab “Oh.. Ini gambar annual dinner haritu..” (Ini petanda suami kita dah kena something. Dia jawab sesuatu yang serious tu macam dia dalam keadaan bingung)

Saya belasah dia cukup-cukup admin.. Depan mak ayah dia. Mak dia pun join belasah dia. Koyak baju dia semua. Dia lari keluar rumah. Naik tangga. Tak tunggu lift. Sebelum tu dia sempat pecahkan pintu bilik. Sebab saya rampas handphone dia, saya masuk bilik dan kunci. Lepas dia dah rampas handphone tu, dia call police. Lucu kalau ingat-ingat balik.

“Encik-encik, datang rumah saya. Ada orang cederakan saya” – Waktu tu kami tengah masih belasah dia.

“Encik dimana dan siapa yang cederakan encik”.

“Di rumah, mak dan isteri saya” – Nampak tak dia sendiri bingung dari cara dia cakap dengan polis?

Polis jawab “Hal rumah tangga kami tak boleh campur encik”.

Keesokkannya, ayah dia pujuk balik rumah. Waktu tu saya masih percaya suami saya baik. Tapi dia kena guna-guna. Mak buat amalam solat hajat malam tu, baca Yassin tiga kali. Pada bahagian “Kun fa ya kun…” Niat apa kita nak.

Tutup je quran, mak nampak lembaga menyerupai anak dia. Dari pusat ke atas rambut mengerbang. Muka hitam macam kesan minyak..

Ayah bawa dia ke Paya Jaras. Ustaz B. Berubat pakai pokok nona. Korang boleh google “rawatan pokok nona ustaz paya jaras”

Balik berubat, 1 badan dia penuh dengan kesan lebam. Sebijik macam orang baru lepas accident. Waktu tu, saya masih percaya. Dia kena buatan orang.

Mak tak sampai hati nak continue rawatan tu 7 hari. Dahan nona ni kalau kena badan pesakit yang ada gangguan, akan naik lebam-lebam biru.

Kami jumpa Ustaz C. Di Negeri Sembilan. Ustaz tu cakap “Orangnya gempal-gempal janda anak 1”. Suami isteri kena mandi limau 3 hari. Saya confuse. Janda anak 1? Perempuan tu yang saya tahu belum pernah kahwin. Part ni korang akan jumpa jawapan di akhir cerita nanti.

Selesai mandi 3 hari, dia memang cakap dia dah putus dengan perempuan tu dan dia kena sihir. Dia cakap, boleh tak nak time break. Dia minta saya balik kampung saya. Saya drive balik kampung dengan anak kecil 2 orang. Sebelum balik, saya sempat iron semua baju dia, saya beli makanan banyak-banyak masukkan dalam fridge. Saya siapkan fresh towel banyak-banyak sebab saya tahu dia tak biasa buat sendiri.

3 minggu di kampung, Boleh dikira dengan jari berapa kali dia call saya. Siang malam saya tak boleh tidur. Tak boleh makan. Saya susut 10kg bayangkan. Malam-malam saya tahjud. Sampai 1 hari, terdetik saya nak upah Private Investigator (PI). Saya google. Saya jumpa seorang. Saya bayar dia RM2000.

Masuk minggu keempat, PI saya bagi info. Passport perempuan tu ada masuk Malaysia tarikh yang sama saya balik kampung 3 minggu lepas. Sakit jantung saya, saya pack semua barang. Malam tu juga saya drive ke KL dengan anak dua orang. Mak saya temankan. Tapi saya balik rumah kedua saya. Bukan rumah yang dia duduk. Juga, saya tak bagitahu dia saya di KL.

Malam yang sama, PI tu cakap suami dan perempuan ada di Bangi. Tengah makan. Saya dah siap pakai tudung. Anak merengek nak susu. Tengah menyusukan baby, saya tertidur. End up saya tak dapat tangkap dia.

Esoknya saya ke kedai bawa anak. Dia terkejut. Saya minta dia balik rumah kedua. Dia balik. Siang malam mana dia pergi saya ikut. Korang mesti tertanya2 mana dia letak perempuan tu dan macamana dia boleh tak jumpa perempuan tu dalam seminggu ni? Hujung cerita korang akan tahu.

1 hari, dia cakap dia nak pergi hantar stock di Shah Alam. Saya tak leh ikut dia cakap. Nanti kereta penuh. Saya berkeras nak ikut. Saya pegang je tangan dia. Dia turun kedai, saya ikut. Tapi dia tak pergi kat kereta. Dia jalan kaki (dalam keadaan saya pegang tangan dia) ke row belakang kedai, dia bawa saya pergi balai polis.

“Encik, tangkap dia ni, menganggu privacy saya”.

“Puan ni siapa ya?”

“Encik saya minta maaf, saya isteri dia, dia dalam proses perubatan encik. Dia kena minyak dengan perempuan seberang”.

Polis gelak. Dia terus lari tinggal saya. Saya kejar dia. Waktu turun tangga, saya terjatuh. Ada seorang adik naik motor. Dia tanya.

“Akak, akak okay ke?”

“Akak okay dik. Tapi boleh tak tumpang akak sampai kereta? Kaki akak seliuh rasanya”.

Waktu tu tak fikir apa dah. Fikir nak kejar suami je. Rendahnya maruah saya, saya letakkan. Saya tak dapat fikir apa-apa. Air mata je jadi peneman.

Saya sampai kereta lebih awal dari dia. Saya kan naik motor adik tu. Dia jalan kaki. Kereta dia park depan kedai kami. Tah macamana terdetik. Saya check poket seluar, ada kunci pendua kereta. Tak fikir panjang, saya masuk kereta. Saya sorok kat lantai seat belakang. Saya tunduk dan tunggu dia sampai. Dia masuk kereta. Dia cepat-cepat start enjin kereta. Sampai 1 tempat, dia berhenti. Dia keluarkan handphone. Saya intai dari seat belakang.

Dia reply message siapa tah “Ill be there baby”

Lepas tu dia sambung drive. Dia tertoleh kat belakang sebab berhenti isi minyak, dia nampak saya kat situ. Ini perbualan kami.

“Eh kau siapa? Eh kau hantu!”

“Tak baba.. Ni I ni.. I menyorok belakang tadi. I ada kunci kereta”

Saya sujud kaki dia (Waktu ni saya memang bodoh. Sebab saya tahu suami saya baik. Suami saya cuma kena sihir) Saya sujud sambil cakap “Baba, baba jadikan perempuan tu isteri kedua, I sanggup baba.. Asalkan anak-anak I tak membesar tanpa bapa” (anak pertama sangat rapat dengan dia)

“Kau ni gila ke? Perempuan apa? Kan aku dah putus!”

Dia masuk kereta sambung drive. Dia drive laju. Saya takut. Saya peluk dia dari belakang. Saya baca ayat kursi kuat kuat. Nak tahu ape dia buat?

Dia keluarkan handphone. Letak kat holder, lepas tu dia record video from front camera.. Dia cakap, “Ini bukti ye. Nampak tu dia cekik saya? Dia cuba bunuh saya!” (Padahal saya tengah baca ayat kursi sambil peluk dari belakang)

Habis record, dia drive sampai Balai Polis lain pulak. Dia suruh saya keluar. Dia masuk balai. Kat kaunter aduan dia tunjuk video dia record tu pada polis dan suruh polis tangkap saya.

Polis “Eh encik, dia baca ayat kursi ni encik. Tak cekik pun”.

Saya terpaksa tebalkan muka “Minta maaf encik. Suami saya dalam proses perubatan. Dia tak betul sikit”.

Saya cakap pada dia. “Jom balik. I rasa baby nak susu sebab I punya b*east berdenyut-denyut ni”.

Dia pun drive saya balik. Sampai rumah, saya nampak mak ayah dia. Masuk ke rumah. Ayah dia padlock kan grill. Saya tak perasan. Yang saya tahu tengah susukan anak saya dengar dia jerit.

“Ey orang tua, kau buka padlock ni” Dia tending-tendang grill. Seorang yang penyayang. Lemah lembut dengan mak ayah. Anak tunggal katakan.

Saya keluar bilik, angkat baby. Anak no 1 dah bingung kat situ. Umur baru 3 tahun tak faham apa. Saya tengok dia dah pegang kayu golf. Nak pukul mak sambil cakap “kau bukak pintu ni atau aku terjun dari tingkat 2 ni”.

Takda pilihan, mak buka pintu. Dia pergi kat saya, dia pegang tangan saya, dia cakap “Aku ceraikan kau dengan talak 1” Saya tergamam. Saya kejar dia. Dua2 lari turun tangga. Tapi dia sampai kereta dulu. Dia lock pintu. Saya cuma sempat pegang handle pintu. Saya kejar kereta sambal pegang handle pintu. Sampai saya terjatuh terseret kat jalan tar sebab dia tekan minyak. 300 metre jugak saya lari. Ayah dia datang angkat saya.

 

Malam tu jugak, abang saya, kakak ipar saya turun dari Melaka. Dengan Ustaz D. Saya dah kepenatan. Saya tertidur. Abang saya keluar rumah cari dia 1 KL. Sepanjang malam tu Ustaz D buat perubatan dari jauh. Saya taktahu apa dia buat, tapi..

Esoknya, saya terbangun sebab saya rasa kaki saya macam kena hempap. Saya ingat anak saya tertidur kat kaki, saya mamai2 bangun, dia kat kaki saya. Menangis-nangis mintak ampun. Dia cakap dia banyak buat dosa. Saya Cuma tanya, “You lapar? You dah makan? Pergi mandi dulu, I siapkan makanan”

Lepas tu hubungan kami bahagia.. Macam mula2 kahwin. Ramadhan sampai. Lepas tu raya. Berlarutan 6 bulan.. Saya minta 3 syarat.

1. Solat sunat taubat nasuha
2. Junjung alquran takkan berzina lagi
3. Saya nak tahu full story

Dia cakap, sepanjang 3 minggu perempuan tu di KL, dia sewakan studio condo untuk perempuan tu. Dia mintak tolong saya pergi pulang kunci. Owner rumah cakap okay. Tapi kena bersihkan rumah dan deposit 2 bulan burn. Saya pergi rumah tu. Sendiri. Saya kuatkan semangat untuk masuk. Barang baju2 suami, fresh towel, makanan (yang dulu sebelum saya balik kampung saya siapkan untuk dia), ada kat rumah tu. Ada banyak baju, make up, barang perempuan tu juga. Yang paling sedih, cadar hitam penuh tompokan, putih-putih. Korang tahu apa… Panties terpakai terselit bawah sofa.

Saya text perempuan tu. Saya cakap, dia nak saya buat apa dengan barang2 dia. Kalau nak saya boleh postkan ke negara dia. Dia cakap tak perlu, dia nak lupakan suami saya. Jadi barang2 dia saya sedekahkan pada part time maid yang kemas bilik tu. Saya kemas barang2 suami saya dengan penuh air mata. Sampai maid tu pun confuse. Apa masalah saya. Tapi dia tak tanya.. Saya cuma nampak dia pun menangis…

6 bulan berlalu. Saya masih tak boleh lupakan.. Tapi saya layan suami macam biasa. 1 hari saya rasa pedih urination. Saya pergi jumpa doctor pakar. Dia cakap saya ade urinary tract infection. Ada sejenis bacteria yang biasanya boleh dapat melalui hubungan kelamin. Saya tak fikir jauh. Saya fikir perempuan tu je dan suami. Saya kena tahan wad seminggu. Saya sembuh..

Penutupan cerita, saya mohon Allah bagi saya petunjuk, kekuatan, saya macam depression. Dengan duit collection kedai ghaib tah kemana. Saya kena keluarkan lagi duit asb nak cover business dia bulan tu.

1 hari perempuan tu call. Dia cakap nak minta maaf. Dan dia nak berterus terang. Apa yang saya dapat dari dia?

1. 1 gambar s*ks mereka berlatar belakangnya cermin dalam bilik tidur rumah pertama kami.

2. 1 video s*ks mereka atas katil rumah pertama kami.

3. Suami saya s*ks animal. Sehari sampai 10 kali dia kena belasah.

4. Bila kena belasah, bukan biasa-biasa ye. Kejap kena pakai uniform nurse, kejam army, kejap uniform wondercat, u all faham kan maksud I? Selama kahwin saya tak pernah tahu nafsu dia begitu. Dan dia tak pernah minta saya buat begitu. Kalau dia minta, saya boleh buat admin. Bukannya saya takda rupa. Bukan nak bangga diri. Saya cuba nak bagitahu, macamana hebat kuasa minyak tu.

5. Ratusan gambar selfie mereka. Tengok movie, klcc, icity macam2 tempat la dia ni kononnya boyfriend cum tour guide sepanjang 3 minggu saya dikampung.

6. Suami kenal dia di chat room khas negera dia.

7. Suami mengaku bujang.

8. Suami mengaku pilot (Ingat gambar mula-mula saya nampak tu?) Bukan itu sahaja, Perempuan tu siap bagi gambar license penerbangan, batch, topi dan uniform suami saya yang dalam simpanan dia. Lucu kan? Tah macamana dia edit.

9. Malam saya telefon dia pertama kali, dia cakap die terkejut. Dia putus dengan suami. Tapi 1 hari je. Suami pujuk dia datang Malaysia untuk terangkan keadaan sebenar. Dia terlalu sayangkan suami saya.

10. Dia datang Malaysia. Confront suami. Dia cakap dia dah jumpa IG saya. Dia dah tengok semua gambar kami dari kami bercinta, bertunang sampai dua anak.

11. Semua counter back dengan alasan;
• Dia ada kembar nama Daniel
• Kembar dia yang tak wujud tu, dah megandungkan saya. Anak luar nikah
• Nak tutup malu, Daniel kena kahwin dengan saya
• 1 hari sebelum majlis, Daniel hilang
• Dia kena ganti tempat Daniel. Tapi dia cakap dia tak pernah bersama saya sepanjang 4 tahun
• Itu alasan untuk anak pertama kami. Anak kedua? Bila perempuan tu tanya, dia jawab anak kedua dia taktahu. Tah dengan siapa saya bersama
• Dia cakap saya ada masalah mental
• Dia ajak perempuan tu kahwin
• Dan selepas saya sampai KL dari kampung, saya ikut dia merata selama seminggu kan? Nak tahu apa alasan dia bagi kat perempuan tu? Alasan dia takleh jumpa perempuan tu sebab, mak dia meninggal! Kena berkabung 7 hari. Dia suruh perempuan tu diam2 duduk studio condo tu, habis berkabung, dia datang.
• Malam dia nak pukul mak dengan kayu sebab mak padlock rumah? Dia pergi studio condo tu, ambil perempuan tu dan pergi KLIA cari tiket untuk perempuan tu balik. Tiket pagi esok baru available. Jadi diorang check in hotel KLIA malam tu. Lepas perempuan tu selamat naik flight, baru dia balik rumah minta maaf dengan saya

Semua bullets kat atas ni bukan cakap kosong ye. Memamg perempuan tu hantar screenshot perbualan di LINE Apps. Hati saya yang dah sedia remuk, disiat-siat. Memang pedih sampai hulu hati. Perlu ke babitkan anak-anak? Saya belah-belah perut nak keluarkan anak-anak penyambung keturunan dia, ber-bin kan nama dia. Selama ni kita selalu dengar suami mengaku bujang. Tapi suami saya, mengaku anak-anak kami, anak luar nikah!
Kami sah suami isteri dua tahun baru dapat anak pertama. Saya tahu tu perkara lama. Buat apa nak diungkit. Tapi siapa yang berada kat tempat saya je yang boleh faham macamana hancur hati saya! Saya maafkan dia atas dasar saya ingat dia kena sihir. Tapi dia yang cari penyakit!

Saya tanya dia. Dia mengaku. Tapi dia marah saya kenapa saya masih berhubung dengan perempuan tu dan dia cakap saya yang bodoh sebab pergi sakitkan hati sendiri.

Lepas tu hubungan kami dah teruk. Siang malam bergaduh. Kami tak boleh bersama. Macam mati nafsu. Asal jumpa je gaduh. Bila jauh rindu. Saya sentiasa bandingkan cara layanan dia pada perempuan tu dan cara layanan dia pada saya. Saya memang major depression. Saya macam orang gila. Kejap saya manja, kejap saya ketawa, kejap saya menangis, kejap saya menjerit. Memang huru hara hidup dia saya buat.

Sampai 1 malam, kami bergaduh, sampai saya pergi dapur ambil pisau. Saya acu pada dia, saya cakap, “Ceraikan aku, ceraikan aku!”. Demi Allah admin.. Saya tak sedar. Saya sedar apa saya cakap, saya nampak pisau tu. Tapi saya tak dapat kawal mulut dan badan sya. Sayup-sayup saya dengar, dia cakap “I ceraikan u”. Saya nampak dia menangis.. Lepas tu dia keluar rumah. Tinggalkan saya.

Saya pengsan.. Tak ingat apa dah..

Saya bangun, saya nampak staff saya. Staff saya cakap suami saya yang suruh dia datang tengokkan saya. Saya cakap pada staff saya, tolong call Ustaz E. Ustaz E datang rumah. Saya berubat 3 hari. Ada sihir rumah tangga. Dah 6 bulan dengan saya. Memang ditujukan untuk saya.. Saya sedih. Saya menyesal. Saya sayang suami saya. Tapi mana dia waktu saya sakit? Sedangkan waktu dia sakit, saya usaha sembuhkan dia.

Siapa yang cakap tak percaya menda-menda ni, syabas! Anda sama macam saya dulu. Tak percaya. Sampai saya sendiri kena, baru saya tahu. Menda ni betul dan wujud.

2 minggu berlalu.. Dia tak balik-balik. Dia tidur rumah pertama kami dengan mak dan ayah dia. 1 malam dia message saya, dia cakap esok dia balik. Dia rindu saya dan anak-anak. Saya happy..

Pagi esoknya, saya terdetik nak balik kampung. Nak minta pendapat mak ayah. Pagi tu lepas solat subuh, saya call mak dia. Mintak tolong jaga anak sampai jam 8pm. Saya nak balik kampung. Tapi saya balik hari.. Mak cakap datanglah rumah. Hantar anak.

Jam 6.45am saya sampai rumah tu. Saya drop anak, saya dah ready nak keluar. Tiba-tiba saya teringat nak ambil barang dalam bilik saya. Saya ketuk pintu bilik kami. Dia tak bukak. Lock.. 1 minit dia buka. Tapi buka kecil je. Dia tanya nak apa. Saya cakap saya nak ambil barang sikit. Dia tutup pintu, lepas 2 minit dia bukak balik. Saya masuk bilik. Bilik tu gelap. Tapi ada samar cahaya dari hall rumah. Saya terdetik nak pandang belakang. Saya nampak langsir tu kembung.

Saya terdetik nak selak. Ada seorang perempuan tengah duduk menyorok. Saya yakin bukan perempuan yang sama.. Saya gelarkan dia Perempuan B. Sebab perempuan kali ni sangat gemuk dan pendek. Tapi muka dia macam saya pernah nampak.. Tahun 2016 waktu dia kantoi Perempuan A, saya ada nampak macam IG Perempuan B ni dekat blocked list setting IG account kedai saya. Saya pernah tanya dia dulu, “Kenapa eh u block perempuan ni?” Dia cakap, dia tak tahu. Staff mungkin yang tertekan block. Jadi saya abaikan..

Saya tak tahu hantu apa masuk badan saya, saya terajang muka perempuan tu, badan dia. 3, 4 das juga dia kena. Saya terajang suami saya juga. Berdosanya saya.. Taktahu mana kekuatan tu datang.. Sampai ayah mak dia datang pegang saya kuat2. Diorang cakap “mengucap nak.. nanti polis tangkap kesian anak2”. Saya terus teringat anak-anak saya. Saya lari pergi kat diorang, saya peluk anak saya. Saya cakap “Allahuakbar Astaghfirullah” Itu je yang saya ingat. Saya meraung sekuat-kuatnya.. Anak-anak saya pun menangis. Tapi diorang tak faham apa apa.

Allah maha kaya. Malam tu dia message nak rujuk. Pagi tu saya tangkap dia. Apa lagi saya nak tunggu? Waktu tu hati saya tertutup. Selama ini saya bertahan demi anak-anak. Sekarang saya tekad nak cerai demi anak-anak juga. Sampai bila anak-anak kena witness semua kejadian?

Mana dia waktu tu? Dia lari kejar perempuan tu. Perempuan tu lari keluar. Tapi saya sempat nampak ayah dia lempang dia.

Abah dia peluk saya “Abah mintak maaf.. Abah memang taktahu ada perempuan dalam tu”

Mak? Mak terduduk. Termenung. Mak Abah usia dah lebih 70an.

Saya cakap dengan maid dan mak, tolong jaga anak. Saya nak tenangkan fikiran. Mak setuju.

2017. Balik dari PD, saya failkan penceraian. Saya tak faham kenapa mak bermusuh dengan saya sebab saya tekad nak cerai. Katanya anak dia nak berubah. Nak pujuk saya. Saya cakap takda apa nak dipujuk lagi. Waktu tu saya cuma fikir, mungkin mak cuma takut kehilangan cucu-cucu dan menantu tunggal. Abah? Abah tak cakap apa-apa.

Tak sangka, sepanjang proses penceraian, mak sanggup ambil kereta saya, barang kemas saya, handbag branded saya (hadiah dari mak pada saya). Semua diambil sebab hadiah kecuali kereta. Kereta tu memang saya yang bayar tiap bulan RM1800 loan 5 tahun lagi 3 bulan nak habis loan, dia minta kereta tu balik. Alasan, sebab kereta tu nama dia. Saya terkejut. Saya tak tahu. Saya terpaksa pulangkan.

2018. Hari-hari saya ulang alik hantar ambil anak dari sekolah naik uber. Sampai hapir 5 bulan, saya kebetulan ada business dengan seorang brand owner. Untuk reviewkan product dia. Saya buat review product di FB dan IG. Perkenalan tu menjadi sahabat. Dia yang ambil tanggungjawab hantar ambil anak sekolah. Hantar anak pergi hospital. Bawa anak keluar weekend. Saya tak jatuh cinta pada dia. Cinta saya dah mati.. Saya jatuh cinta dengan layanan dia pada anak-anak saya. Sampai kalau dia takda, anak akan tanya “Mama, wheres uncle?” Remuk hati saya admin..

Setahun, dia ajak saya bertunang. Dia jumpa mak ayah saya. Dia bawa saya jumpa mak ayah dia. Dengan anak-anak sekali. Kalau keluar, anak pop pop, dia yang basuhkan. Tanpa disuruh. Saya jadi segan. Sedangkan seumur hidup diorang, boleh kira dengan jari berapa kali bapa kandung diorang mandikan dia, basuh pop pop dia.. Saya jadi sebak.

Kenapa Allah hantar lelaki macamni dalam hidup saya? Sedangkan hati saya dah mati? Yang paling kelakar, DIA SEORANG PILOT. Tapi buat side income ada product sendiri. Umur 33 tahun. Masih bujang, Saya rasa rendah diri, kenapa dia ni nakkan saya? Saya huru-hara lepas cerai. Apa yang saya usahakan dirampas oleh bekas suami dan mak mertua. Saya kena halau dari business yang saya sendiri bangunkan dengan titik peluh dan modal saya.

Sebab nak build hidup balik. Sebab takda kereta. Sebab mak dah pergi preschool anak fitnah saya bercerai sebab saya kena tangkap khalwat (Kadang-kadang saya rasa. Bukan bekas suami je gila. Mak mertua saya pun dah semacam sasau. Cakap tak betul. Cikgu sekolah sendiri bagitahu saya..) Saya terpaksa serahkan anak-anak pada keluarga mertua. Saya bekalkan maid seorang. Itupun sebab abah minta. Ayah mertua saya sangat baik. Memang baik sangat macam malaikat. Cuma dia takut dengan mak mertua. Selalu dia kena tengking. Tapi sikit dia tak tengking balik..

Saya bagi anak pada April 2018. Saya cuma jumpa anak weekend, Jumaat saya akan ambil anak dari Nilai ke KL. Ahad saya hantar balik ke Nilai. Tapi sampai sekarang, saya tak jumpa mak mertua. Sebab fetch and drop off anak bukan kat rumah dia. Tapi kat mamak depan taman rumah. Abah yang akan hantar.. Tiap minggu kat situ.

Saya terdetik nak menulis, sebab 22/12 ni saya ambil anak for good. Gembiranya hati. Ya Allah.. Tahun depan diorang sekolah di KL. Diorang tinggal dengan saya. Yang No 1 dah 6 tahun No 2 dan 4 tahun, tahun depan…

Ingat tak yang Ustaz C (2016) cakap janda anak 1? Ye, Perempuan B yang saya tangkap menyorok bawah langsir adalah janda anak 1 (bukan bangsa melayu tapi warganegara kita). Badannya gempal. Sama macam description Ustaz C.

Padahal waktu jumpa ustaz C tahun 2016, saya cuma tahu kewujudan Perempuan A. Apakah misteri disitu? Sebenarnya Perempuan A (2016) atau Perempuan B (2017) yang sihirkan dia dan saya? Kalau perempuan A, kenapa dia lepaskan suami saya? Saya pun tak tahu..

Kalau Perempuan B, lama mana hubungan mereka? Saya yakin waktu dia putus dengan Perempuan A, dia putus juga dengan Perempuan B. Tapi mungkin keinginan Perempuan B terlalu kuat, dia hantar sihir rumah tangga. Selepas kami berbaik.. Dan saya yakin dia tahu suami saya dah beristeri. Sebab die kelihatan tenang je waktu kena belasah dengan saya. Korang rasa?

Baru2 ni bekas suami ada pujuk nak rujuk. Dia cakap dia tak sayangkan Perempuan B. Dia cuma nak dapatkan tender projek government. Sebab perempuan tu PA kepada seorang dato kaya. Bekas suami dah jual semua kereta kami. Sekarang dia pakai range rover. Haha, dan dengar cerita dah beli pangkat Dato. Alhamudlillah, tercapai hajat dia tinggal anak bini demi kekayaan dari Perempuan B. Dan mereka masih girlfriend boyfriend sampai sekarang….

Saya pernah sayangkan seorang lelaki lebih dari nyawa saya sendiri. Saya ikut setiap apa islam ajar. Taat, jaga diri, setia. Saya hambakan hidup saya pada dia. Saya cuma nak dia bahagia. Walau saya sakit, penat, takpe. Asalkan dia happy. Dalam setiap solat saya, saya doakan kesejahteraan dia. Rezeki dia.. Saya tulang belakang business dia. Dan saya tulang belakang keluarga, anak-anak. Sebab saya terpaksa jadi semua watak, bila bersuamikan anak tunggal ni, Nauzubillah seksa dia. Apa benda pun dia tak tahu nak buat. Tapi pengorbanan saya tak cukup untuk buat dia kaya. Doa saya tak cukup untuk buat dia kaya.. Saya tak dapat bawa kekayaan macam apa yang Perempuan B mampu..

Tahun depan saya insyAllah akan bernikah lagi. Saya takut. Sumpah saya serik. Tapi bila pandang muka anak-anak, saya tahu mereka masih perlukan seorang father figure in the family. Saya masih nak mati sebagai seorang isteri. Isteri yang diredhai suami, boleh masuk mana-mana dari pintu syurga. Saya masih nak ada imam dalam setiap solat saya.

Tahun depan juga saya kan selesaikan semua tuntutan harta mutaah, edah, sepencarian. Selama ni saya sangat sibuk. Saya kerja pagi ke pagi untuk sara diri. Lagipun ekonomi tak baik untuk bayar lawyer.

 

Kesimpulan cerita saya, 2016 dia yang mula-mula cari penyakit. Bila Perempuan A dah sayang, dia minyakkan tanpa sedar itu suami orang. Itu sebab suami separuh gila. Dalam masa yang sama sebab kami kerap bergaduh, dia berhubung dengan Perempuan B, saya syak mereka dari college yang sama dulu, sebab saya nampak Facebook perempuan tu, ada college yang sama. Tapi bila dia sembuh in 2016, dia tinggalkan keduanya. Tapi sihir yang sampai pada 2017, dari Perempuan B. Dan dia berjaya hingga sekarang.. Perempuan B pun ada darah negera seberang. Sebab saya nampak yang comment Facebook dia pakai Bahasa sana dan dia reply Bahasa sana. Kisah ni masih kekal misteri pada saya. Tapi saya pilih untuk tidak ambil tahu lagi.

Assalamualaikum.

– NURUL (BUKAN NAMA SEBENAR)

kredit iiumc