Lepas Bot Tentera Israel Halang Nelayan Palestin Tangkap Ikan, Allah Hantar Ratusan Jerung Ke Pantai Is rael!

Kemunculan ikan jerung di pantai berhampiran sebuah loji tenaga elektrik di utara Israel memaksa pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi perairan berkenaan.

Berpuluh-puluh ekor ikan jerung yang di antaranya berukuran tiga meter panjang ‘berkumpul’ di loji janakuasa Hadera yang menggunakan air laut untuk menyejukkan turbin pusat itu sebelum air panas berkenaan dilepaskan semula ke laut.

Kehadiran haiwan pemangsa ke perairan yang hangat itu sebaliknya mendorong penyelam berenang dan mengambil gambar bersama ikan tersebut.

Pihak Berkuasa Taman dan Alam Semula jadi Israel serta Pihak Berkuasa Menyelam Israel kemudiannya mengeluarkan ama­ran bagi melindungi ikan dan orang ramai supaya tidak berada terlalu dekat dengan haiwan tersebut yang me­rupakan spesies dilindungi.

Walaupun jumlah ikan jerung semakin meningkat, namun pakar masih belum mengetahui punca sebenar yang menarik kehadiran haiwan pemangsa ber­kenaan ke perairan tersebut.

“Kami tahu haiwan ini meng­gemari perairan yang ha­ngat namun tidak pasti me­ngapa ikan jerung berkenaan berbuat demikian,” kata ahli ekologi marin, Ruth Yahel.

Yahel berkata, selain faktor perairan, kewujudan makanan, perlindungan daripada parasit atau faktor mengawan berkemungkinan menarik ikan jerung ke kawasan tersebut.

“Bagaimanapun ini hanya teori dan kita tidak tahu sebab ikan-ikan tersebut berkumpul di perairan itu,” katanya. – AFP

(MALAY/ENGLISH)

Great White Shark breaching

Palestinian fishermen in the Gaza Strip were able to catch large quantities of sharks on Tuesday on the southern Gaza Strip beach of Khan Younis.

Fuad al-Amoudi, the head of the Fishermen Syndicate in Khan Younis, said that large numbers of sharks converged on Khan Younis beach on Monday evening, adding that about 120 sharks of different sizes were caught.

Amoudi told the PIC reporter that sharks start to converge on the Gaza Strip beaches in an annual season in March until the end of April from the south to the north, pointing out that the season started late this year in May.

Amoudi said that the fishermen look forward to this season every year and prepare special nets for it because it constitutes a precious livelihood for them, and explained that one kilo of shark meat is sold in the local market at prices ranging from 27 to 33 shekels.

He added that the Gaza Strip residents call sharks “monster fish” and eat and cook them in various ways.

source: The Palestinian Information Center