Petua Hilangkan Fibroid Tanpa Perlu menjalani Pembedahan.

Kalau fibroid besar sangat , nak beranak pun susah, ada risiko kita akan berdarah lebih 1 liter waktu beranak ! Sebab itu Pakar Sakit Puan akan cadang untuk bedah buang saja fibroid sekali rahim sekali! Dah hilang rahim nak beranak tak boleh dah la. 🙁


Fibroid merupakan mimpi ngeri buat seorang wanita. Ianya bukan sahaja boleh menjejaskan kesuburan malah jika ia dikesan semasa anda sedang mengandung, ia boleh menjejaskan kandungan dan menyebabkan risiko keguguran.

Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan petua hilangkan fibroid supaya anda tak perlu menjalani pembedahan.

1. Jangan minum dari bekas plastik
Ini kerana plastik boleh meningkatkan hormon xenoestrogen yang menyebabkan fibroid semakin membesar.

2. Jangan gunakan bekas plastik di dalam microwave
Sekiranya anda ingin memanaskan makanan atau minuman di dalam microwave, jangan gunakan bekas plastik untuk mengelakkan risiko peningkatan hormon xenoestrogen dalam tubuh badan.

3. Elakkan makanan yang menyebabkan fibroid semakin membesar
Sesetengah makanan dikatakan boleh menyebabkan fibroid anda semakin membesar. Oleh itu, apabila anda disahkan mempunyai fibroid, sila elakkan daripada mengambil makanan-makanan berikut:

Produk tenusu. Produk tenusu di pasaran kebanyakannya mengandungi steroid yang sangat tinggi. Selain itu, produk tenusu juga mengandungi bahan kimia yang boleh mengubah hormon dan menggalakkan fibroid semakin membesar.
Daging yang diproses. Contoh daging yang diproses ialah daging burger, hotdog, koktel, dan sosej. Ianya bukan sahaja tinggi dengan lemak malah mengandungi bahan pengawet dan bahan kimia yang boleh menyebabkan fibroid anda semakin membesar.

Gula yang diproses. Pengambilan gula diproses seperti gula putih akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon lalu menyebabkan fibroid anda semakin membesar.
Karbohidrat yang diproses. Selain gula, karbohidrat yang diproses seperti bijirin segera, pasta, mee kuning, dan ramen juga perlu anda elakkan kerana ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan anda.
Kafein. Pengambilan kafein secara berlebihan akan mengganggu fungsi hati iaitu menjaga kestabilan hormon dalam tubuh badan. Kafein juga meningkatkan tahap estrogen dalam badan lalu menyebabkan fibroid anda semakin membesar.
Alkohol. Pengambilan alkohol boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan menurunkan imuniti badan.

4. Pilih makanan organik
Makanan organik tidak terdedah kepada racun serangga yang menjadi punca ketidak seimbangan hormon. Hormon yang bercelaru dalam tubuh badan akan menyebabkan fibroid anda semakin membesar.

5. Sayuran hijau
Sayuran hijau seperti sawi, bayam, dan kailan kaya dengan Vitamin K yang membantu membekukan darah dan mengelakkan pendarahan teruk semasa anda haid.

6. Kobis
Kobis menggalakkan proses detoksifikasi hati dan membantu hati mengawal hormon dalam badan dengan lebih baik. Selain itu, kobis mampu menyeimbangkan paras estrogen dalam badan anda. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan sayuran dari keluarga kobis seperti brokoli, kubis, kubis cina, dan bunga kobis mengurangkan risiko fibroid berulang.

7. Makanan kaya dengan beta karotin
Makanan seperti lobak merah, brokoli, bayam, lada benggala, dan labu membantu membaiki tisu yang rosak dan menggalakkan pertumbuhan tisu baru yang sihat untuk menggantikan tisu yang rosak akibat fibroid.

8. Makanan kaya dengan zat besi
Wanita yang mempunyai fibroid biasanya mengalami pendarahan yang teruk semasa haid. Kehilangan darah secara berlebihan boleh menyebabkan anemia. Oleh itu, pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti coklat gelap, labu, hati ayam, kekacang, daging merah, dan bayam.

9. Minyak ikan
Minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3 mampu menstabilkan hormon estrogen dalam badan lalu membantu mengelakkan fibroid anda daripada membesar.

10. Minyak flaxseed
Seperti minyak ikan, minyak flaxseed juga mampu menstabilkan hormon estrogen dalam badan lalu membantu mengelakkan fibroid anda daripada membesar.

11. Bijirin penuh
Bijirin halus seperti millet, beras perang, buckwheat, dan oat adalah sangat baik untuk anda yang disahkan mempunyai fibroid.

 

12. Herba untuk detoks
Herba seperti ginseng, akar likoris, dan raspberry merah membantu detoks hati bagi menggalakkan hati berfungsi untuk menyeimbangkan hormon dengan lebih baik. Selain itu, herba detoks membantu mengatasi masalah ketidak stabilan hormon dalam tubuh badan anda.

13. Minyak kastor
Minyak kastor menggalakkan detoks hati dan membunag toksin dari badan yang menjadi punca fibroid anda semakin membesar.

14. Bersenam
Senaman membantu menstabilkan paras insulin dalam badan dan membantu mengelakkan masalah ketidakseimbangan hormon. Bersenam juga membantu membunag toksin dari badan melalui peluh.

15. Lindungi diri daripada toksin
Toksin dari persekitaran dan barangan kegunaan harian boleh menyebabkan ketidakstabilan hormon. Di antara alatan biasa yang mendedahkan anda kepada toksin ialah:

Racun perosak
Baja sintetik
Bahan peluntur
Pengawet makanan
Pewarna makanan
16. Ikan laut dalam
Apabila anda disahkan mempunyai fibroid, elakkan daripada makan ikan biasa yang banyak dijual di pasar basah. Ini kerana ikan laut dalam terlindung daripada pencemaran yang boleh menyebabkan gangguan hormon. Contoh ikan laut dalam ialah ikan salmon.

17. Kurangkan makan kerang-kerangan
Kerang-kerangan seperti kerang, lala, kepah, dan lokan biasanya mengandungi kandungan merkuri dan berkolesterol yang tinggi kerana ia laut yang tercemar.

18. Makanan tinggi fiber
Makanan tinggi fiber seperti beras perang, soya, roti wholemeal, kacang kuda, dan kacang dal dikatakan mampu menurunkan kadar estrogen didalam darah. Apabila hormon estrogen dalam darah berkurangan, fibroid anda juga tidak akan membesar.

19. Kekacang
Kekacang seperti soya, almond, badam, walnut, dan biji matahari kaya dengan asid lemak, protein, selenium, dan phytoestrogen. Phytoestrogen menghalang fibroid daripada membesar. Sementara selenium menjaga lapisan rahim anda.

20. Air kosong
Air kosong sangat penting bagi memastikan proses perkumuhan dan detoks untuk membuang toksin dari badan berjalan dengan lancar.

21. Bawang merah & bawang putih
Bawang merah & bawang putih mengandungi anti oksida yang tinggi dan bersifat anti radang. Ia membantu mengurangkan risiko fibroid anda semakin membesar.