Tanda-tanda Anda Mewarisi Saka Datuk Nenek Anda .

Sebaik mana pun orang kampung cakap tuk nenek kita waktu muda dulu, jangan pernah tolak kemungkinan depa membela jin atau saka.Dulu orang bela saka macam orang sekarang bela Bangla saja,   apa-apa pun mungkin! 🙁

 


Assalamualaikum W.M.T dan salam hormat pada sekalian pembaca,

Di sini saya nak berikan secara ringkas petua untuk mengetahui tanda-tanda orang yang mewarisi saka atau gimbaran. Saka atau gimbaran ini adalah berupa jin yang diwarisi samada secara rela atau terpaksa dan secara sedar mahupun tidak.

1. Diri terlalu emosional; samada baran, mudah baran kemarahan melampau, matanya mengeluarkan sinar yang luarbiasa; atau mudah sedih, pilu, dan sebak tanpa sebab sehingga kadang-kadang sampai mengalirkan air mata. Biasanya apabila ditanya mengapa bersedih atau rasa sebak, dia akan cakap tak tahu.

2. Kadang-kadang apabila mendengar ayat-ayat quran rasa seram, takut dan emosi terganggu. Lari dari mendengar atau nak tutup player yang memperdengar ayat Al Quran.

3. Apabila mengambil wuduk timbul was-was, apabila dah selesai berwuduk mulalah terasa nak terkentut dan sekejap-kejap terkentut, tengah solat terkentut.hehehe banyak hal juga saka ni..

4. Bila mula masuk waktu solat, datang perasaan mengantuk yang tidak dapat ditahan-tahan atau malas yang luarbiasa, terutamanya waktu solat maghrib dan subuh.

5. Gemar kepada pemakanan kepada daging; ayam, lembu dll, kurang kepada sayur.

6. Rasa gentaran atau vibration merayap pada anggota badan tertentu..walaupun umur kita muda kadang-kadang tangan kita menggeletar.

7. Banyak gangguan atau kesakitan kepada bahagian kepala, dada dan belakang.

8. Tidak dapat fokus membuat sesuatu perkara; pelajaran atau kerjaya.

9. Mimpi-mimpi melihat bayi, bermain dengan bayi, mendukung bayi dan seterusnya menyusu.

10. Rumahtangga sentiasa ‘panas’ dan berantakan.

11. Orang yang ada saka biasanya sensitif dalam keadaan yang tertentu seperti tempat yang ‘keras’ dan orang lain yang jugak mempunyai saka, sama ada orang tersebut sedar atau tidak. Contohnya dapat merasai dan melihat kelibat sepintas lalu, bulu roma meremang dan sebagainya.

12. Mudah bersangka buruk terhadap orang lain, mudah bermusuhan dan rasa benci dengan orang keliling tanpa sebab.

13. Sayang terhadap orang yang disayangi bila berjauhan, tapi bila berdekatan, akan timbul pula rasa benci.

Ini merupakan sebahagian sahaja, sebenarnya banyak lagi. Almaklumlah puak-puak saka atau gimbaran ini banyak kerenahnya dan suka buat hal.